Followers

Sunday, January 2, 2011

tahun baru. (1)

assalamualaikum wbt.

hari ini tahun baruku disambut dengan cukup berbeza dari biasa. dan semuanya bagiku kebetulan yang dirancang oleh Allah yang mana Dia punya rahsia sendiri akan tiap aturan buat hambaNya. seharusnya aku telah selamat berada di UM menyambung pengajian master. tapi takdir tuhan Piala Suzuki kita menangi, maka Jumaat itu diisytihar cuti. tak dapatlah aku mendaftar di IPS UM. aku berkeputusan menyambut tahun baru di kampung. little did i know what God has planned for me. kata orang, tuhan itu selalu punya rahsia. hari ini, kutemu satu dari rahsia itu. Allah itu Maha Besar. percayalah.

pagi tahun baruku dimulakan dengan menghadiri my best friend's engagement ceremony, Maryam. beliau ini yang sama-sama ponteng kelas, meniru nak rak dalam exam time sekolah dulu. the moment i saw her, i knew. i've been missing her for so long. niat hati nak datang awal tolong, last-last tolong tengok je la. semua kerje family members dia berlumba-lumba nak buat. berebut kumpul pahala lah tu. aku dan ella (geng ponteng jugak, walau dia nampak kecil dan tidak merbahaya) pun join tolong tengok. at least walau tak tolong, kami tak dapat dosa sebab tengok je tapi takde mengumpat. eh yeke takde? hah betul lah takde. everyone is so diligent doing their work sampai tak tahu nak mengumpat siapa. aku cari juga orang yang boleh dimengumpat, yang muka ala-ala penyangak ke. tapi memang takde lah. tuhan sayang aku, tak nak bagi aku dapat dosa rupenya. alhamdulillah, tu salah satu rahsia Allah jua bukan.

malamnya pula ada bbq party. setelah dikerah oleh ella dan elly (eh cam upin dan ipin lak..heheh) aku pun kalah dengan asakan bertubi-tubi mereka seperti indonesia diasak bola sepak dengan malaysia. cukup memalukan bagi aku yang hati keras ni untuk kalah dengan mereka yang lembut macam span. mereka pakai kasih sayang kot pasal tu aku kalah. tapi sampai-sampai tak ada gaya parti lah. macam 10 sekawan main masak-masak ada lah. tak ramai rupenya yang join. kerana kasih sayang mereka, aku telah tertipu. takpelah, kawan punya pasal. best lah makan ayam, nugget dan 'hotduck' (fik sebut macam ni tapi aku dah biasa dengar dia cipta kosa kata baru so aku tak la heran sangat..). dekat pukul sebelas lebih, fik dan ella akhirnya memahami sign pandang-pandang yang aku dan elly lakukan dan fik dengan baik hatinya hantar kami pulang. tapi kena hantar ikie balik dulu sebab anak teruna tak boleh balik lewat malam. hahah takde lah. kami hantar ikie dulu sebab elly takut akan misteri nusantara kat tv tu jadi betul-betul kalau hantar dia balik last. tapi malangnya aku balik rumah blackout lah pulak. time countdown new year tak nak blackout pulak. time tu ada banyak bunga api so takde lah gelap sangat kalau takde api pun.

nak pergi amik medication kejap, nanti continue part two ye. thank you. assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment