Followers

Thursday, January 6, 2011

seniority is a new name for old.

assalamualaikum wbt.

minggu ni adalah minggu paling annoying abad ini. dulu masa ambil pre degree terasa muda belia. sambung degree rasa macam hebat sikit. so secara logik dan afdalnya bila sambung master terasa lebih superior bukan? teet~ salah! hari ini aku tahu. bila sambung master terasa tua. bukanlah aku menidakkan kuasa tuhan. semua orang pun akan tua jugak, except benjamin button lah kut, jadi baby pulak punyalah tak logik. tapi yang aku rasa geli-geli macam terpegang katak ialah sebab selama ni aku adalah adik. dari sekolah rendah bawaklah ke sekolah menengah sampai ke universiti. aku memang adik sebab aku lompat kelas, atau dalam bahasa omputehnya grade skipping. dunia aku dikelilingi oleh mereka yang berumur wahahah perasan muda sekejap. tapi rupanya panas tak sampai petang, awan kumulonimbus datang membawa hujan.

hari ni di mana-mana pun aku pergi, baik ke fakulti atau balik ke kolej, akan terdengar suara kanak-kanak ribena menyapa girang, memakai seluar track dan muka innocent. tak lain tak bukan sapaan mereka akn dimulakan dengan..."Akak!" apakah kegilaan ini? mereka tak nampak kah betapa awet mudanya aku, lebih kurang sama besar je pun. oh tapi salah aku jugak dengan jujurnya mengaku umur sebenar. gila sengal mereka berumur 20 tahun. paling busuk pun 21 lah. aku pun dah tak berapa ingat apa aku buat masa umur aku sebaya mereka. let's see...yes! aku part four, kelas seminggu ada tiga hari saja jadi aku jadi tak keruan gila bercuti sampai otak jadi sengal. itulah aku di kala 20 tahun.

maka hari ini aku yang berumur 23 tahun ni saban hari dikelilingi oleh budak-budak yang kerjanya tanya aku, "Akak, *oh dengar perkataan ni sahaja cukup nak sumbat mereka dalam baldi pastu tadah air dalam tu sampai penuh* ok diulangi "Akak, susah tak ambil master?" aku pun bagi jawapan standard chartered iaitu depends lah. kalau minat ada boleh lah jadi senang. muahahah. dan mereka pun akan lihat aku dengan kagum seolah melihat anita sarawak tanpa kulit tegangnya. tapi sebab aku lagi tualah aku rasa sedikit bosan dengan conversation mereka. sedikit jelah tak banyak. dapat pulak roomate pijak semut tak mampus. otak tak berapa sewel macam aku. so tak bolehlah aku gila sangat, nanti tercalar imej aku. dah la aku minoriti kan. nasib badan. yang paling sedih, walau aku paling tua, tapi tak rasa cam senior langsung. sebab aku degree bukan di sini. dan yang pasti, aku sunyi tanpa kawan sewel aku dahulu. dugaan tuhan, redha je lah kan.

No comments:

Post a Comment