Followers

Thursday, January 20, 2011

kisah sekolah rendah.

penulis di awal dunia anak kecil bersama sahabat gigih. sila cari sendiri yang mana satu dirinya. beliau tak mahu memalukan diri sendiri mungkin.

Assalamualaikum wbt.

lewat ini kedengaran desas-desus akan adanya reunion sekolah rendah. apa kisah tiap seorang dari mereka agaknya? tiap kali gambar lama kelas itu aku tatap, akan pasti aku senyum sendiri. waktu itu, kita sangka kita cukup besar. nak jadi doktor, usahawan, akauntan. kerja besar-besar saja yang mahu. hahah.

tanpa aku sedar, sudah dua belas tahun lamanya aku tinggalkan sekolah rendah itu. anak kecil yang dahulu cukup gemar bermain batu seremban hingga habis satu kelas kena denda dengan Cikgu Azhar. kami dipaksa letak batu seremban di bawah dagu. tak keluar rehat semua budak perempuan hari tu. tapi waktu Cikgu Rosdi masuk, semua senyum sampai nak putus saraf pipi, sebab cikgu sempoi maka boleh lompat-lompat joget-joget dalam kelas. heheh.

aku juga ingat betapa aku terasa seperti bahan eksperimen ketika menjadi pelajar pertama langkau kelas. berbolak-balik aku antara kelas darjah lima dan empat. guru-guru semua risau macam nak beranak. habis aku diletak duduk di hadapan kelas. terus bermusuh dengan Nik Muhammad Hafidz waktu itu.

bukan apa, cikgu arah beliau pindah ke belakang dan bagi tempat duduk dia pada aku. panjang muncung dia aku masih ingat. rajin dia buli aku selepas itu, semua kerja sekolah hantar pada aku. tapi Nik sekarang sudah bakal bergelar arkitek. ambil naval architecture and shipbuilding katanya. chat sebentar dengan beliau tahun lepas. habis kata ampun keluar dari beliau, siap tawar diri siapkan assignment aku lagi. kelakar betul.

Suhaijah dan Farihah bakal doktor ini gigih di seberang lautan, Nursyafaf dan Ainaa kini bergelar ibu. Hafizuddin juga bakal doktor dan juga bakal ayah. siapa kata kahwin muda tidak berjaya? haha. Norfarehan, Syazwani, Fairuz, Hayati, Liza, Syakir tak silap aku sudah bekerjaya. tak sabar nak jumpa minta belanja. heheh. yang selebihnya aku fikir seperti aku, menuntut ilmu tak sudah. tetaplah berjuang wahai sahabat-sahabat.

jamuan akhir tahun seperti kamu lihat dalam gambar di atas ini kami buat di kfc. biasalah kanak-kanak nak buat dekat mana lagi kan. waktu itu, barangkali tak seorang pun dari kami terfikir bilakah akan kami bersua lagi. tak siapa tahu, dua belas tahun itu cukup lama untuk memori terpadam dan diganti dengan yang baru.

Alhamdulillah, kenangan itu masih aku simpan dekat. menyorot potret lama itu, aku terlihat akan aku anak kecil bergambar di sebelah Nur Adani. itulah teman baikku, yang pertama aku kenal erti seorang sahabat. dari darjah satu, bersama langkau kelas hingga tingkatan tiga. kemudian dia berpindah. takdir temukan kami kembali di matrikulasi melaka. namun aku pula berhijrah ke uitm selepas sebulan.

aku masih inagt itu, malam aku berkemas keluar dari matrikulasi. aku luang masa sebentar untuk ke bilik beliau mahu ucap selamat tinggal. naluri kami seakan barangkali, dia juga ke bilikku. nah, kami bertemu di tengah jalan akhirnya. tanpa aku sangka, pertemuan terakhir itu bertukar pilu saat air mata kami mengalir. benar, aku berat tinggal sahabat. dari dahulu lagi. itu cukup berat buat aku. Nur Adani februari ini bakal melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati, yang mudahan menjadi jodoh beliau sampai syurga. aku mohon kebahagiaan anak ini kerana dia aku cukup sayang.

ini kisah aku anak kecil sekolah rendah yang bermain di indahan warna pelangi, berlari teriak pada semua akan dunia itu aku miliki. kisah sekolah menengah akan menyusul nanti. insyaAllah.

Mari susun kenangan rapat-rapat, agar masa tak punya ruang untuk merenggang tiap seorang dari kita.

No comments:

Post a Comment