Followers

Saturday, January 22, 2011

leteran sahabat.

Assalamualaikum wbt.

Baru sahaja chat dengan seorang sahabat utusan tuhan. Ada rona rasa rindu yang mengalir pada tiap kata disusun. Seperti biasa, aku kan suka menyakat sahabat. Tapi, kali ini dia tak banyak merungut. Naik hairan juga aku. Sudah imunkah beliau?

Lalu akhirnya ayat tergumam di hati sahabat itu dia luahkan. Kamu sudah sembuh? Cukup ringkas soalan itu bukan. Seharusnya siapa juga punya jawapan untuk soal hati sendiri. Nyata sahabat ini gusar akan aku anak serba kuat.

Bicara sahabat lagi, *versi setelah disunting bahasa inggerisnya menjadi melayu*

Aku kenal kamu cukup lama untuk aku tafsir tiap diam kaku malah ketawa kamu. Sebab itu aku tahu kamu anak serba setia. Biar bertahun dan bersilih ganti kami semua menukar nombor telefon, kau tetap memilih nombor yang sama. Nombor yang pertama kau pakai semasa di matrikulasi lagi.

Di saat kami rancak membeli model handphone baru, kau tetap pegang kemas handphone kamu, sedang kau lebih mampu dari kami untuk peroleh model ternama dari kami. Biar handphone kau rosak retak jatuh berkali, kau setia hantar ke kedai bukan, berhabis puluhan ringgit semata mahukan yang itu juga.

Itu kebetulan lah, jawab hatiku ringkas. Hahah.

Belum kira laptop kau yang dari dahulu kamu pakai. Kami pakai dua tahun tukar baru. Kamu tak tergerak sekelumit pun akan niat itu, malahan mampu usung yang sama lima tahun lamanya. Walau kami usik sakat kamu akan laptop itu layak dihantar ke muzium, kau senyum leret. Tetap kau simpan dekat. Walau hari ini kau punya laptop baru sebab yang lama sudah tidak boleh dibaiki, tetap kau simpan yang lama itu, melarang tegas siapa pun membuangnya.

Barang tulis, carpet, dan perfume yang sama itu, malahan lagu-lagu di simpanan kamu juga tak berubah. Puas kami sakat akan kamu yang tidak ikut edaran masa muzik terkini, kau degil tetap. Aku tahu semua ini sebab aku kenal kamu cukup lama, cukup panjang untuk aku senarai tiap harta murah tapi cukup membawa erti pada mata kamu.

Dan dengan pengetahuan inilah aku soal kamu adakah kamu sudah sembuh. Atau lebih tepat mampukah kamu sembuh sedang objek tanpa nyawa milik kamu tak pernah kau gantikan dengan yang baru. Apatah lagi seorang yang pernah sentuh hati kamu, yang kamu pernah janji pada diri sendiri akan tetap kau pegang kemas.

Sahabat itu hebat bukan. Hanya dengan kata-kata bisa terbit sendu hati dan pecahkan empangan kukuh. Lalu aku kata padanya,

Andai tuhan sayang aku, Dia akan sembuhkan aku.

No comments:

Post a Comment