Followers

Thursday, January 6, 2011

730 hari adanya kamu. (1)

the first day we met. actually bukanlah kali pertama. dah pernah nampak before. impossible lah satu sekolah satu unit beruniform tapi tak pernah nampak kan. but tak pernah sekelas. our paths have never crossed each other. but on that fateful day, god made it crossed. budak sains hayat ramai-ramai pakat transfer school, masuk mrsm lah, sbp lah. aku jugak yang left behind tak dapat offer even though aku pun dapat straight A apa pmr. huh. nada tak puas hati. tapi tuhan selalu punya rahsia. kalau aku dapat offer transfer tentu tak jumpa kamu kan. so sebab ramai move out, my class jadi empty nak mampus. macam duduk dekat graveyard malam-malam. so the school authority pun decide to combine classes despite the different elective courses. mula-mula excited ingat kelas kami budak biologi ni combine dengan lukisan kejuruteraan. set-set hebatlah katakan, mesti kena combine dengan hebat jugak kan. wah berlagak betul time tu. tup-tup kena combine dengan account sebab lukisan kejuruteraan dah ramai sangat student dia in one class. bermulalah episod tak suka dan menyampah, tu belum combine lagi, baru dengar plan dari cikgu-cikgi.

dan pada hari apa aku tak ingat tapi time tu baru balik dari lab untuk kelas biologi. masuk-masuk kelas je, waaah! dah tak macam graveyard, pasar malam ada lah. rupanya time kami ke lab mereka ni diarahkan oleh cikgu apa entah aku tak ingat untuk masuk kelas kami. so tak sempatlah nak arrange seating dalam kelas kan nak duduk dekat dengan siapa. kalau ikut kami ni assabiyah, tak mo campur dengan budak akaun. aku pun terus cek seat aku dekat dengan siapa. ha depan, kiri, kanan save. all girls, budak biologi lagi. aku menyorot pulak pandangan ke belakang. oh tidak. katakanlah ini mimpi. di situ tempatnya budak laki yang rambut kaler ada bleach sikit, muka macam penyangak. that's it aku tak suka. tapi takkan nak bagi flying kick pulak kan. duduk je lah buat muka plastik.

ustazah masuk. aku still ingat first day jumpa dia ni belajar tajuk solat jama' dan qasar. the thing with malaysian education system ni, dia duk repeat mende sama je each year. so time pmr dulu dah belajar ni, aku mestilah ingat sebab memorize sampai nak terbakar fius otak. ustazah ni pun panggil nama aku suh pikir hikmah solat jama' qasar. aku kan best student. hoho so tak payah pikir. terus aku jawab dengan lancar macam bullet train kat jepun. aku jawab membuktikan bahawa Islam bukanlah suatu agama yang membebankan. fuh ayat buku teks form three tu. bebudak bio relaks je sebab aku rasa dorang pun boleh jawab kut. tapi bebudak akaun time tu siap reramai cakap fuuuuh~ lagi. hah kau bangga sekejap. after that sume kena tulis nota dalam kelas. time ni lah budak rambut bleach ni sepak kerusi aku. ingatkan tersepak, aku buat bodo lah. tapi tak henti-henti pulak sepaknya. siap panggil nama syarifah lagi. tuh yang aku konpius. nak kata panggil aku, nama aku bukan syarifah. nak kata panggil syarifah, syarifah tuh duduk jauh nun di depan kelas. last-last bila aku buat bodo, keluar lah dari mulut dia yang takde insurans tuh, "gila sombong!" aku sombong? oh benci betul. first class dah ada orang tak suka aku. tensen.

masuk second day, agak-agak dah dengar banyak kali cikgu panggil nama aku, dia pun lalu sebelah pastu stop. dia tanya balik, bukan syarifah ek? aku pun angguk muka innocent. ingatkan dia nak apologize, hah korang tau dia buat apa. gelak. dia boleh gelak dan kata oh ingatkan syarifah. dan dia pun tanpa segan silu blah camtu je. dalam hati aku nak jerit "eh ko tak mintak maaf ke, ko kutuk aku semalam, bodoh lah kauuu!" and after that day, since seat kami depan belakang je, banyak la interaction between us. bukan interaction apa pun, dia sibuk pinjam kerja sekolah aku nak tiru, dasar pemalas mat jenin tak siap kerja.

itu kali pertama aku kenal kamu. memang bad impression. nanti aku cerita lagi akan hari-hari aku adanya kamu. bila tamat semua hari-hari itu, aku takkan lagi lakarkan kisah kamu di sini. cukup, aku akan berhenti. aku akan ucap selamat tinggal pada kamu, dan pada semua rasa yang pernah aku tahu melalui kamu.

No comments:

Post a Comment