Followers

Saturday, January 8, 2011

jujur pada diri.

assalamualaikum wbt.

rasa aku semua cukup maklum aku ni baru setahun epal berblog dengan jayanya. hoho berjayakah? ha iyelah. kalau aku tak yakin dengan diri, orang lain lagi lah kan. tapi disebabkan aku baru belajar somersault  bertatih, maka tak pernah lagi aku terfikir memberi tips menulis blog. ini kerana bilangan follower aku pun kalau nak buat slumber party memang tak cukup, apatah lagi nak main bola sepak. main masak-masak mungkin boleh.

tapi ada pula yang tanya aku apa rahsia aku menulis blog dengan baik. baik kah? crap. terharu lah aku macam ni. sebenarnya tips menulis blog ni kamu boleh jumpa banyak di kalangan bloggers malaysia seperti di blog abang smart ini. tapi aku takkan sentuh soal teknikal nih sebab aku dah terror lah see-oat sendiri adalah noob. maka akan aku jawab dengan apa ada dalam hati.

bagi aku, rahsia menulis blog ni cukup senang. syaratnya hanya satu. kau harus punya hati. ha ada tak? ada tak? kalau tak sure pergi klinik suruh doktor check pakai steteskop. dan kalau kau ada ini, maka kau akan bisa lahirkan karya agung. tak perlu agung di mata semua, cukup pada diri kamu.

dan yang penting, kamu tulislah apa yang kamu tahu, segala rasa dalam hati kau selam hebat, pintalkan rasa itu menjadi bait-bait kata yang kau lakar di laman itu. seorang pernah kata pada aku, write what you know. maka janganlah kau menulis tentang perkara yang kamu sendiri tidak pasti seperti hikayat merong mahawangsa ataupun pentadbiran srivijaya. ini tidak, baca blog someone pasal wikileaks yang dapat banyak feedback, kau pun nak sama gedik tulis pasal wikileaks, kasi nampak cendekiawan lah kan. tapi hati-hati, mungkin kamu sahaja rasa seperti cendekiawan, orang lain nampak macam cendawan. bukan tak boleh venture out into something new, tapi berpada-pada. kalau rasa belum ready dan mahu disegani semata, lupakan lah.

kau tak perlu menjadi sebijak einstein mahupun sekaya mark zuckerberg untuk punya rasa itu. kau berkaryalah seikhlas hati, jujur pada diri. dan tak perlu lah kau berlumba mengumpul follower penuh nak kalahkan Hanis Zalikha. beliau one in a million. kau? mungkin kau bisa jadi seperti dia nanti, tapi kau perlu masa yang lama, dan telan pahit dunia blogging. ingatlah, jika ada yang agungkan kamu, akan pasti ada yang pijak ludah akan karya kamu. walau kau punya hanya satu follower tapi dia itulah yang ikhlas mendakap hebat tulisan kamu, memahami sepi hati kamu, maka dia lagi agung dari beribu followers orang yang lain.

entahlah, ini cuma pendapat aku. tentu kau fikir aku kata begini kerana followers aku yang hanya takat muat reban ayam kan. hahah. nak sedapkan hati lah tuh. aku tak kata kau salah. mungkin jugak. sedikit sebanyak kan. hahah. iyelah siapa tak nak jadi glamer seperti mamat kat jepun ni atau bakal doktor cantik ni kan. tapi tu semua rezeki masing-masing. terpulang pada tujuan kau berkarya. kenapa kau berkarya? untuk siapa tulisan kamu? kalau nak popular, memang konfem lah kena rajin singgah blog orang lain dan tinggalkan jejak etc. kalau nak buat duit, carilah nuffnang. tapi kira kau seperti aku, hanya mahu zahir rasa hati, yang tak bisa aku ungkap di lidah kelu beku, lalu aku titipkan rasa itu di tiap tulisan ramah menyapa.

dan akhirnya jika kau masih tercari-cari identiti diri, kau rajinlah menghadirkan diri di laman blog yang lain, mencari inspirasi dan makna karya kamu. bukan untuk plagiarize atau copycat gaya penulisan orang lain, sekadar mencari apa yang kau belum temui. aku juga sebelum ini banyak berkarya dalam english, bahasa melayu ini kurang kerana aku lebih banyak di'expose' ke arah english kerana bidang yang aku ambil di universiti. tapi setelah tercari tenang damai hati itu aku jumpa pada karya melayu itu. maka kau akan lihat ada masa aku berkarya dalam dua bahasa pada satu entri. itu cara aku, aku senang begitu.

tak perlu kau cari indah terangnya bulan, jika bulan itu adalah hatimu. jujur pada diri. sekian.

2 comments:

  1. so ko kena hargai aku effa. Blog ko antara wajib baca taw.haha

    ReplyDelete
  2. no worries, aku hargai semua yg membaca. sbb pembaca adalh tanda disayangi.

    aku pun sukeeeeeer blog ko. sewel mcm tuan dia. ekeke.

    ReplyDelete