Followers

Saturday, January 15, 2011

surat untuk hati.

aku adalah bahagia dan sedih. bahagia kerana kini aku mampu bahagiakan ramai orang. sedih kerana tak mampu bahagiakan diri sendiri. tapi syukur aku tak lagi menangis. kerana aku tersedar baru-baru ini bahawa tuhan tak suka mereka yang cengeng.

tuhan tak suka mereka yang menangis meratapi nasib. lalu aku cuba senyum. kerana aku tahu tuhan sayang aku. lantaran itu ujian datang tanpa henti. tuhan mahu hati aku jadi kuat.

wahai hati, aku telah jaga kamu dengan baik bukan selama ini. sudah aku lindungi kamu dengan ayat-ayat kitab suci, merawat kamu dengan sujud berkali pada sejadah. dengan itu, jadilah kuat demi aku. jangan pernah berdarah semula. nanti kau tak bisa sembuh. lalu aku kan jadi lemah.

berdegup untuk aku. kerana bila tiba masa malaikat tuhan datang menjemput aku kelak, aku mahu pergi dalam bahagia. bukan derita.

berdegup untuk aku. walau selama itulah aku kan kenang dia. tak apa, kerana bahagia aku tuhan akan hadirkan nanti.

berdegup untuk aku. selalu. mesti selalu. berdegup untuk aku.

No comments:

Post a Comment