Followers

Saturday, January 22, 2011

leteran sahabat.

Assalamualaikum wbt.

Baru sahaja chat dengan seorang sahabat utusan tuhan. Ada rona rasa rindu yang mengalir pada tiap kata disusun. Seperti biasa, aku kan suka menyakat sahabat. Tapi, kali ini dia tak banyak merungut. Naik hairan juga aku. Sudah imunkah beliau?

Lalu akhirnya ayat tergumam di hati sahabat itu dia luahkan. Kamu sudah sembuh? Cukup ringkas soalan itu bukan. Seharusnya siapa juga punya jawapan untuk soal hati sendiri. Nyata sahabat ini gusar akan aku anak serba kuat.

Bicara sahabat lagi, *versi setelah disunting bahasa inggerisnya menjadi melayu*

Aku kenal kamu cukup lama untuk aku tafsir tiap diam kaku malah ketawa kamu. Sebab itu aku tahu kamu anak serba setia. Biar bertahun dan bersilih ganti kami semua menukar nombor telefon, kau tetap memilih nombor yang sama. Nombor yang pertama kau pakai semasa di matrikulasi lagi.

Di saat kami rancak membeli model handphone baru, kau tetap pegang kemas handphone kamu, sedang kau lebih mampu dari kami untuk peroleh model ternama dari kami. Biar handphone kau rosak retak jatuh berkali, kau setia hantar ke kedai bukan, berhabis puluhan ringgit semata mahukan yang itu juga.

Itu kebetulan lah, jawab hatiku ringkas. Hahah.

Belum kira laptop kau yang dari dahulu kamu pakai. Kami pakai dua tahun tukar baru. Kamu tak tergerak sekelumit pun akan niat itu, malahan mampu usung yang sama lima tahun lamanya. Walau kami usik sakat kamu akan laptop itu layak dihantar ke muzium, kau senyum leret. Tetap kau simpan dekat. Walau hari ini kau punya laptop baru sebab yang lama sudah tidak boleh dibaiki, tetap kau simpan yang lama itu, melarang tegas siapa pun membuangnya.

Barang tulis, carpet, dan perfume yang sama itu, malahan lagu-lagu di simpanan kamu juga tak berubah. Puas kami sakat akan kamu yang tidak ikut edaran masa muzik terkini, kau degil tetap. Aku tahu semua ini sebab aku kenal kamu cukup lama, cukup panjang untuk aku senarai tiap harta murah tapi cukup membawa erti pada mata kamu.

Dan dengan pengetahuan inilah aku soal kamu adakah kamu sudah sembuh. Atau lebih tepat mampukah kamu sembuh sedang objek tanpa nyawa milik kamu tak pernah kau gantikan dengan yang baru. Apatah lagi seorang yang pernah sentuh hati kamu, yang kamu pernah janji pada diri sendiri akan tetap kau pegang kemas.

Sahabat itu hebat bukan. Hanya dengan kata-kata bisa terbit sendu hati dan pecahkan empangan kukuh. Lalu aku kata padanya,

Andai tuhan sayang aku, Dia akan sembuhkan aku.

how i remember you.

Litany.
A Poem by Billy Collins.

You are the bread and the knife,
the crystal goblet and the wine.
You are the dew on the morning grass
and the burning wheel of the sun.
You are the white apron of the baker,
and the marsh birds suddenly in flight.


However, you are not the wind in the orchard,
the plums on the counter,
or the house of cards.
And you are certainly not the pine-scented air.
There is just no way that you are the pine-scented air.


It is possible that you are the fish under the bridge,
maybe even the pigeon on the general's head,
but you are not even close
to being the field of cornflowers at dusk.


And a quick look in the mirror will show
that you are neither the boots in the corner
nor the boat asleep in its boathouse.


It might interest you to know,
speaking of the plentiful imagery of the world,
that I am the sound of rain on the roof.


I also happen to be the shooting star,
the evening paper blowing down an alley
and the basket of chestnuts on the kitchen table.


I am also the moon in the trees
and the blind woman's tea cup.
But don't worry, I'm not the bread and the knife.
You are still the bread and the knife.
You will always be the bread and the knife,
not to mention the crystal goblet and--somehow--the wine.

Thursday, January 20, 2011

kisah sekolah rendah.

penulis di awal dunia anak kecil bersama sahabat gigih. sila cari sendiri yang mana satu dirinya. beliau tak mahu memalukan diri sendiri mungkin.

Assalamualaikum wbt.

lewat ini kedengaran desas-desus akan adanya reunion sekolah rendah. apa kisah tiap seorang dari mereka agaknya? tiap kali gambar lama kelas itu aku tatap, akan pasti aku senyum sendiri. waktu itu, kita sangka kita cukup besar. nak jadi doktor, usahawan, akauntan. kerja besar-besar saja yang mahu. hahah.

tanpa aku sedar, sudah dua belas tahun lamanya aku tinggalkan sekolah rendah itu. anak kecil yang dahulu cukup gemar bermain batu seremban hingga habis satu kelas kena denda dengan Cikgu Azhar. kami dipaksa letak batu seremban di bawah dagu. tak keluar rehat semua budak perempuan hari tu. tapi waktu Cikgu Rosdi masuk, semua senyum sampai nak putus saraf pipi, sebab cikgu sempoi maka boleh lompat-lompat joget-joget dalam kelas. heheh.

aku juga ingat betapa aku terasa seperti bahan eksperimen ketika menjadi pelajar pertama langkau kelas. berbolak-balik aku antara kelas darjah lima dan empat. guru-guru semua risau macam nak beranak. habis aku diletak duduk di hadapan kelas. terus bermusuh dengan Nik Muhammad Hafidz waktu itu.

bukan apa, cikgu arah beliau pindah ke belakang dan bagi tempat duduk dia pada aku. panjang muncung dia aku masih ingat. rajin dia buli aku selepas itu, semua kerja sekolah hantar pada aku. tapi Nik sekarang sudah bakal bergelar arkitek. ambil naval architecture and shipbuilding katanya. chat sebentar dengan beliau tahun lepas. habis kata ampun keluar dari beliau, siap tawar diri siapkan assignment aku lagi. kelakar betul.

Suhaijah dan Farihah bakal doktor ini gigih di seberang lautan, Nursyafaf dan Ainaa kini bergelar ibu. Hafizuddin juga bakal doktor dan juga bakal ayah. siapa kata kahwin muda tidak berjaya? haha. Norfarehan, Syazwani, Fairuz, Hayati, Liza, Syakir tak silap aku sudah bekerjaya. tak sabar nak jumpa minta belanja. heheh. yang selebihnya aku fikir seperti aku, menuntut ilmu tak sudah. tetaplah berjuang wahai sahabat-sahabat.

jamuan akhir tahun seperti kamu lihat dalam gambar di atas ini kami buat di kfc. biasalah kanak-kanak nak buat dekat mana lagi kan. waktu itu, barangkali tak seorang pun dari kami terfikir bilakah akan kami bersua lagi. tak siapa tahu, dua belas tahun itu cukup lama untuk memori terpadam dan diganti dengan yang baru.

Alhamdulillah, kenangan itu masih aku simpan dekat. menyorot potret lama itu, aku terlihat akan aku anak kecil bergambar di sebelah Nur Adani. itulah teman baikku, yang pertama aku kenal erti seorang sahabat. dari darjah satu, bersama langkau kelas hingga tingkatan tiga. kemudian dia berpindah. takdir temukan kami kembali di matrikulasi melaka. namun aku pula berhijrah ke uitm selepas sebulan.

aku masih inagt itu, malam aku berkemas keluar dari matrikulasi. aku luang masa sebentar untuk ke bilik beliau mahu ucap selamat tinggal. naluri kami seakan barangkali, dia juga ke bilikku. nah, kami bertemu di tengah jalan akhirnya. tanpa aku sangka, pertemuan terakhir itu bertukar pilu saat air mata kami mengalir. benar, aku berat tinggal sahabat. dari dahulu lagi. itu cukup berat buat aku. Nur Adani februari ini bakal melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati, yang mudahan menjadi jodoh beliau sampai syurga. aku mohon kebahagiaan anak ini kerana dia aku cukup sayang.

ini kisah aku anak kecil sekolah rendah yang bermain di indahan warna pelangi, berlari teriak pada semua akan dunia itu aku miliki. kisah sekolah menengah akan menyusul nanti. insyaAllah.

Mari susun kenangan rapat-rapat, agar masa tak punya ruang untuk merenggang tiap seorang dari kita.

Wednesday, January 19, 2011

kisah dongeng anak kecil.


Assalamualaikum wbt.

mungkin ramai tak tahu bahawa aku dibesarkan dengan kisah-kisah dongeng putera-puteri ketika aku anak kecil. tiap kali sebelum tidur, akan ibu lagukan bermacam kisah akan agungnya cinta manusia. cinta adam dan hawa. akan lena sepiku dilewati mimpi-mimpi indah tentang cinta.

menginjak alam persekolahan, kisah ibu makin lenyap. mungkin aku sudah besar lalu ibu hentikan lagu itu. namun aku ditemukan pula dengan kisah-kisah masyhur karya Disney. akan selalu si jelita untuk si jelik. si putera untuk cinderella. aladdin untuk jasmine. si duyung dan manusia. detak jantung si hawa waktu akhirnya akan seiring dengan si adam. aku sangat percaya itu.

tapi aku juga mula tahu akan pentingnya manusia untuk punyai wang. duit saku aku simpan berhari-hari, ikat perut tak mahu makan. konon bila duit aku banyak mampu beli semua. kelakar bukan? pulang ke rumah ibu selalu pelik melihat aku kelaparan. tak makankah aku? aku sekadar senyum. takut dimarahi.

aku mula khuatir, aku buntu dan resah. pada tiap kisah dongeng aku kenali, wang itu adalah tidak penting. hanya cinta yang ada. tapi masakan tidak penting. bagaimana pula kiranya adam aku nanti tiada berduit? aku mula berkompromi seorang. benar, wang tak boleh beli segala. tapi segala yang boleh dibeli, perlukan wang bukan? waah, kecil-kecil lagi sudah nampak minat aku cenderung ke arah mana bukan. ahaha.

namun percaya aku akan agungnya cinta itu tidak pernah malap. tetap aku mahukan seorang adam yang aku yakin akan sayang selama. masih yakinnya aku akan hadirnya adam yang hatinya seakan hatiku, akan bahagia aku adalah bahagianya. tapi di mana pula harus aku sisipkan perihal duit itu dalam kisah cinta ini? aku tertanya sendiri.

lalu akhirnya setelah jenuh aku berteka-teki, selepas letih aku memikir jalan keluar, aku berjaya carikan jawapan. tahukah apa jawab yang aku temu? begini jalan selesai aku anak kecil waktu itu. untuk dapat duit, harusnya aku rajin belajar agar bisa kerja hebat dan peroleh wang lumayan.

maka dengan wang lumayan itu, tak perlu lagi aku mencari si adam yang kaya-raya untuk dinikahi. buat apa bukan bila aku sendiri punya wang yang banyak? dengan ini, secara rasminya aku bisa memilih si adam yang aku sayangi meski adam itu tiada wang yang mampu beli seluruh alam. haha kamu rasa tak logik? ketahuilah pada anak kecil yang baru lihat dunia selama tujuh tahun, resolusi itu tepat sekali.

dan tidak hairanlah aku belajar bagai esok adalah hari matiku. pada usia tujuh tahun, aku berhempas-pulas menelaah buku hingga lewat malam. saban hari ada sahaja ibu menyakat aku. kata ibu, aku belajar seolah aku pula yang mahu ambil UPSR, sedang tahun itu kakak aku yang harus mengambilnya. ibu tak tahu itu. penat lelah peluh derai aku untuk sebuah cinta. kalau ibu tahu mungkin dia pengsan. hehe.

motivasi aku cukup berbeza dari anak kecil lain. tapi keinginan hati itu terlalu kuat maka ia menolak aku jadi yang terbaik. aku jadi pelajar pertama di sekolah melangkau kelas, seterusnya peroleh 5A untuk UPSR, dan kemudian 8A untuk PMR. telah acap kali kejayaan itu aku genggam, maka tak salah andai ibu ayah yakin akan aku terusan mencipta sejarah sama.

tapi sejarah aku nyata lari dari yang dirancang. pada suatu hari, aku temu seorang adam. dari situlah segala bermula dan berakhir. bertemu adam itu seakan melewati hari-hari anak kecil dahulu, menyemai impian akan tinggi sebuah harapan. dan di saat adam itu hilang, aku seakan tersedar dari impi anak kecil.

terasa mahu dimarah sahaja tiap kisah dongeng dahulu. kisah-kisah inilah yang tabur selautan impian mewangi, perdaya tiap anak kecil akan wujudnya teori bahagia selama, akan adam itu untuk hawa. kala itu aku tak sedar, tak seharusnya manusia persalahkan takdir. ujian tuhan, rahsia tuhan. Wallahualam.

hari ini aku yang menginjak dewasa mula tahu tulis rasa hati sendiri. tak perlu lagi mendengar kisah dongeng mahupun menonton karya klasik putera-puteri. hati aku punya lagu sendiri, merdu dan adakala cukup perlahan walau untuk aku sendiri dengari.

tapi tak semua yang aku tahu kala anak kecil itu dusta semata, tetap ada benarnya. aku tahu bahawa satu rasa cinta itu memang agung, benar wujud tapi tidak mudah dimiliki selama. akan hadir satu ketika dalam hidup manusia, mereka perlu berkorban. dan kiranya di penghujung korban itu, mereka masih pegang cinta agung itu, maka itulah jodoh tuhan utus buat mereka. tapi andai pegangan terlepas di penghujung, harusnya terima terhenti kisah bersama.

hari ini aku bisa katakan pada semua: aku tak punya banyak. aku telah hilang cinta agung itu. aku tak punya wang berbukit. tapi aku punya mereka yang sayang pada aku. lalu akan aku belajar untuk lafazkan kata syukur pada tuhan kerana mudahan kata ini akan dekatkan aku dengan bahagia yang telah tuhan janjikan bagi tiap hamba yang beriman. Alhamdulillah.

Saturday, January 15, 2011

surat untuk hati.

aku adalah bahagia dan sedih. bahagia kerana kini aku mampu bahagiakan ramai orang. sedih kerana tak mampu bahagiakan diri sendiri. tapi syukur aku tak lagi menangis. kerana aku tersedar baru-baru ini bahawa tuhan tak suka mereka yang cengeng.

tuhan tak suka mereka yang menangis meratapi nasib. lalu aku cuba senyum. kerana aku tahu tuhan sayang aku. lantaran itu ujian datang tanpa henti. tuhan mahu hati aku jadi kuat.

wahai hati, aku telah jaga kamu dengan baik bukan selama ini. sudah aku lindungi kamu dengan ayat-ayat kitab suci, merawat kamu dengan sujud berkali pada sejadah. dengan itu, jadilah kuat demi aku. jangan pernah berdarah semula. nanti kau tak bisa sembuh. lalu aku kan jadi lemah.

berdegup untuk aku. kerana bila tiba masa malaikat tuhan datang menjemput aku kelak, aku mahu pergi dalam bahagia. bukan derita.

berdegup untuk aku. walau selama itulah aku kan kenang dia. tak apa, kerana bahagia aku tuhan akan hadirkan nanti.

berdegup untuk aku. selalu. mesti selalu. berdegup untuk aku.

Friday, January 14, 2011

beri aku masa.

mari tulis cerita baru.
mari koyakkan hikayat lama.
biar kita asah mata baru.
usah guna pensel yang sama.

mari simpan potret semalam.
tutup kemas buang kunci.
biar laput ditelan kelam.
biar kita kekal suci.

mari robohkan pondok usang.
tempat kenangan waktu kecil.
tiang baru kita pasang.
biar hati tenang terpencil.

biar aku lepas kamu.
walau perlahan meski lama.
beri aku masa padam kamu.
hingga yang tinggal hanya nama.

just my luck.

assalamualaikum wbt.

functional linguistics. second week. guess? i'm the only malay in the class. the only. last week there was another malay girl. this week she dropped the class. they said she got scared. don't blame her though. it was scary last week. so i thought this week would be better. just my luck.

if you wonder what functional linguistics is, let me tell you. besides comparing text, this is what we do; we analyze clauses. a bit like learning structure of english or syntax. except harder because now the units become much smaller, we have to analyze them to the tiniest teeniest unit. just my luck.

like before you have:

i | went | to | the | market.

i is subject. went is verb. to is preposition, the is article. market is noun. i would be noun phrase. went would be verb phrase. to the market would be prepositional phrase. yes easy.

but now we have conjuctions. we have adjuncts. we have finite. we have non-finite. we have predicators. we have modal adjucts, circumstancial adjuncts, conjuctive adjuncts. comment adjuncts, mood block, residue, complement intensive, complement direct object, complement indirect object, ...

now i know. syntax during degree is a light touch. like a tap on the shoulder. functional in master is someone hitting your shoulder with a baseball bat. or a hockey stick. or a put. just my luck.

oh by the way i have an article to be analyzed. an article of about 50 sentences. means i have to analyze 50 sentences. means i would have to come up with 50 diagrams. 50 diagrams? who would want to draw 50 diagrams? just my luck.

don't get me wrong. i love this course, only because it doesn't require me to memorize. so i guess drawing 50 diagrams is better than memorizing 50 theories. a senior told me yesterday;

"you'll get used to it."

just my luck. let's bring it on.

"come on effa, let's hit it right. if she can't do it, no one can. go...effa!"

*imaginary cheerleaders* \o/\o/\o/

carousels.

the carousels in the sky, the ones we painted with our eyes. even now, i can still see them. beckoning me over, gently galloping in that familiar way that used to make me smile.

occasionally, when the clouds move around, finding the faintest light from the sun, i would see them. the horses all white like a wedding cake, their manes glittering a Tinkerbell's dust. not a single hair out of place. in sync, as they called it.

so i gazed and smiled. and gazed some more. till i was worn and tired.

that i fell asleep, and dreamt of them some more. only to wake up in tears.

so i looked up again. the sky.

the carousels. unchanged.

but everything else did.

wonder if the carousels would ever leave. because they are holding me back, a horse's reins constraining every part of my being.

the horses' hooves are thinning, causing each stride painfully heavy, like heaving a boulder onto my back.

stiff. void of emotions. detach.

carousels.

let it be worthwhile.

telah banyak ibu ayah korban tenaga untuk aku.

aku juga telah banyak berkorban kasih untuk mereka.

kamu juga telah banyak berkorban derita untuk aku.

sesungguhnya, kita semua telah terlalu banyak menghabis masa berkorban untuk satu sama lain. lalu pada waktu akhirnya andai kita semua tidak bahagia, tentu sia-sia bukan.

maka kita akan bahagia. walau dengan siapa pun.

Sunday, January 9, 2011

puisi bidadari.


assalamualaikum wbt.

pada usia mentah sebelas tahun itu, Allah temukan aku dengan seorang bidadari. dia seakan bidadari tercantik di syurga. kerana itu namanya Ainaa Mardhiah. kami sama lakar impian anak kecil, sama rasakan indahnya kejayaan.

seusai kejayaan, kami tongkah arus berbeza, harungi selautan ombak melangit. tetap arah tuju kami sama, untuk temukan Ya Rabb. hari ini, bidadari ini telah tenang di samping adam yang sah serta zuriat yang insyaAllah akan menyambung perjuangan sebuah agama.

aku terpanggil berkongsi satu karya bidadari ini. puisi beliau merupakan sisipan salah sebuah puisi dari antologi Wilayah Cinta serta tersiar di majalah Sastera.net, edisi pertama.

Andai Kau Mengerti

Usah disapa derita lama
Redup sirna senyum duka
Imbas layar bersama
Rabitah Hangat semalam
Tautan rindu mekar setaman.
Ukhti,
Tambatkan untukku kuda putih
Kenalkan Abrar padaku
Bawaku pergi bersama
Rindu salam agung dari Raudhah
Titipan cinta Habibullah
Sampaikan salamku salammu
Moga disambut mesra.
Ukhti,
Ingin saja kudakap temu
Kau pandang senyum sayu
Mari sini sayang
Ukhti, air mata ini gugur sudah
Kau cuba seka dengan jari rindu
Istighfar dulu
Munajat dulu.
Kata ukhti ku di sisi
Seiring bersama
Jangan kau tinggalku sendiri
Bawaku bersama
Dalam lara gelita
Kulihat ukhti dengan mata yang lain
Empangan ini pecah lagi
Sendu kaku bisu
Selindung kelam rahsia
Hujanku di sini
Megamu di sana
Andai kau mengerti

cinta itu ibadah yang akan membawa syurga bagi mereka yang mengikut syariat. teringat pesanan seorang; usah biarkan wajahmu basah dengan air mata, tapi basahkanlah wajahmu dengan air sembahyang. aku bisik pada Ya Rabb akan rindu, agar disapu derita lama.

terima kasih bidadari, kerana ingatkan aku pada cinta hakiki ini.

translation of words.

it's the evening breeze yet again. making the hairs on my back stand upright, goosebumps all over. as always i tell myself that my body cannot stand the cold. as always. but each time knowing that it wasn't the cold. far from it. it's sausade. always have.

i wonder. if i would end up in that faltered state, when that day would come. so i sit quietly, solemnly, in an intense soliloquy to god. praying, hoping, wishing that i won't be one of those muslimahs with momma ko ene. i pray to Allah The Most Merciful, to listen to this distant cry.

the memories are flooding fast, like a broken dam, releasing years of pain and heartache. i wonder if the dam were fixable. because right now the images were playing in my head, like a record jammed of rust and dirt. that memory. that first moment of mamihlapinatapei, that moment when i knew that you were the one. i remembered, it was a frightening moment to meet someone you knew you'd love forever.

katahara itai - the only thing i want to hold close. and if i could, i'd wrap the loneliness tight and send it into the sky. for the angels to change it and send it back down as happiness.

so that perhaps i won't be just another attaccabottoni.

kiranya aku tahu.

assalamualaikum wbt.

kiranya mata kamu menatap tulisan kali ini, berkatalah benar pada aku. ada masanya aku tidak fikir akan tiap perbuatan, kata-kata disusun mahupun kebisuan aku memalit derita luka yang kau pendam. aku tidak tahu itu.

hadirnya seorang bidadari indah ainul mardhiah lewat ini, berkata padaku dengan haruman hati syurga itu. kata bidadari kecil ini,

"aku bahagia untukmu, untuk tiap kejayaan yang kau genggam hari ini. tapi terkadang aku rasa disisih hebat, jauh dipinggir oleh kamu. sedarkah kau bahawa kau dianugerahi dengan kecekalan yang bisa buat kau kekal berada di puncak yang kau mahu, tak terbuai bak lalang, tak terhakis bak tanah. tapi kerana anugerah itulah, kau tidak benarkan kami singgah di hatimu, membiarkan kami berpanas di luar."

bicara sang bidadari lagi,

"bertahun kau mengejar impian seluas pantai harapan, terus lupa akan kami mahupun si adam yang menanti di pesisir ditemani buih putih. lalu kami hampa mengharap, rindu adam itu kian pudar, rayuan adam itu kian sunyi, apatah lagi kasih adam itu kian hilang. justeru dia hentikan harapan untukmu kembali. demi tuhan, kami jadi saksi akan tiap derita hebat adam telan dahulu."

hari ini barulah aku bisa terjemahkan pandangan kosong mereka. telah mereka berhenti menanti aku membuka pintu hidupku yang satu. meski hari ini aku buka pintu itu seluas terang mentari, walau kini aku alukan mereka dengan dakapan damai untuk sebuah ukhuwah, tidak kan pernah mereka melangkah masuk. di saat itulah aku tahu aku telah hilang mereka.

kiranya aku tahu mereka tegar mengetuk pintu itu dahulu. kiranya aku bisa dengar rintihan belas itu dahulu. kiranya aku lihat akan harapan agung itu dahulu. akan hampir pasti aku buka pintu itu menatap indah tenang wajah-wajah yang pernah sentuh hati aku. kiranya aku tahu.

sebelum bidadari itu beredar, dia berpaling dan akhiri bicaranya,

"kerana anugerah itu juga, kau kehilangan adam yang kau sayangi. adam kamu waktu itu habis luluh menagih janji yang kau semat tinggi padanya. menanti kau membuka pintu yang kau kunci rapat."

kiranya aku tahu.

"You always had tunnel vision. You could just block everything out and write. You blocked us out."

Saturday, January 8, 2011

jujur pada diri.

assalamualaikum wbt.

rasa aku semua cukup maklum aku ni baru setahun epal berblog dengan jayanya. hoho berjayakah? ha iyelah. kalau aku tak yakin dengan diri, orang lain lagi lah kan. tapi disebabkan aku baru belajar somersault  bertatih, maka tak pernah lagi aku terfikir memberi tips menulis blog. ini kerana bilangan follower aku pun kalau nak buat slumber party memang tak cukup, apatah lagi nak main bola sepak. main masak-masak mungkin boleh.

tapi ada pula yang tanya aku apa rahsia aku menulis blog dengan baik. baik kah? crap. terharu lah aku macam ni. sebenarnya tips menulis blog ni kamu boleh jumpa banyak di kalangan bloggers malaysia seperti di blog abang smart ini. tapi aku takkan sentuh soal teknikal nih sebab aku dah terror lah see-oat sendiri adalah noob. maka akan aku jawab dengan apa ada dalam hati.

bagi aku, rahsia menulis blog ni cukup senang. syaratnya hanya satu. kau harus punya hati. ha ada tak? ada tak? kalau tak sure pergi klinik suruh doktor check pakai steteskop. dan kalau kau ada ini, maka kau akan bisa lahirkan karya agung. tak perlu agung di mata semua, cukup pada diri kamu.

dan yang penting, kamu tulislah apa yang kamu tahu, segala rasa dalam hati kau selam hebat, pintalkan rasa itu menjadi bait-bait kata yang kau lakar di laman itu. seorang pernah kata pada aku, write what you know. maka janganlah kau menulis tentang perkara yang kamu sendiri tidak pasti seperti hikayat merong mahawangsa ataupun pentadbiran srivijaya. ini tidak, baca blog someone pasal wikileaks yang dapat banyak feedback, kau pun nak sama gedik tulis pasal wikileaks, kasi nampak cendekiawan lah kan. tapi hati-hati, mungkin kamu sahaja rasa seperti cendekiawan, orang lain nampak macam cendawan. bukan tak boleh venture out into something new, tapi berpada-pada. kalau rasa belum ready dan mahu disegani semata, lupakan lah.

kau tak perlu menjadi sebijak einstein mahupun sekaya mark zuckerberg untuk punya rasa itu. kau berkaryalah seikhlas hati, jujur pada diri. dan tak perlu lah kau berlumba mengumpul follower penuh nak kalahkan Hanis Zalikha. beliau one in a million. kau? mungkin kau bisa jadi seperti dia nanti, tapi kau perlu masa yang lama, dan telan pahit dunia blogging. ingatlah, jika ada yang agungkan kamu, akan pasti ada yang pijak ludah akan karya kamu. walau kau punya hanya satu follower tapi dia itulah yang ikhlas mendakap hebat tulisan kamu, memahami sepi hati kamu, maka dia lagi agung dari beribu followers orang yang lain.

entahlah, ini cuma pendapat aku. tentu kau fikir aku kata begini kerana followers aku yang hanya takat muat reban ayam kan. hahah. nak sedapkan hati lah tuh. aku tak kata kau salah. mungkin jugak. sedikit sebanyak kan. hahah. iyelah siapa tak nak jadi glamer seperti mamat kat jepun ni atau bakal doktor cantik ni kan. tapi tu semua rezeki masing-masing. terpulang pada tujuan kau berkarya. kenapa kau berkarya? untuk siapa tulisan kamu? kalau nak popular, memang konfem lah kena rajin singgah blog orang lain dan tinggalkan jejak etc. kalau nak buat duit, carilah nuffnang. tapi kira kau seperti aku, hanya mahu zahir rasa hati, yang tak bisa aku ungkap di lidah kelu beku, lalu aku titipkan rasa itu di tiap tulisan ramah menyapa.

dan akhirnya jika kau masih tercari-cari identiti diri, kau rajinlah menghadirkan diri di laman blog yang lain, mencari inspirasi dan makna karya kamu. bukan untuk plagiarize atau copycat gaya penulisan orang lain, sekadar mencari apa yang kau belum temui. aku juga sebelum ini banyak berkarya dalam english, bahasa melayu ini kurang kerana aku lebih banyak di'expose' ke arah english kerana bidang yang aku ambil di universiti. tapi setelah tercari tenang damai hati itu aku jumpa pada karya melayu itu. maka kau akan lihat ada masa aku berkarya dalam dua bahasa pada satu entri. itu cara aku, aku senang begitu.

tak perlu kau cari indah terangnya bulan, jika bulan itu adalah hatimu. jujur pada diri. sekian.

pergi.


biar kita jatuh cinta kembali, walau dengan siapa pun.

jejak ini yang telah kita jalani bersama, biar kita teruskan langkah walau kita telah terpisah.

biar kita hidup, dan biar kita berdua bahagia.

biar kita senyum melewati kenangan, biar sakit itu ansur menjadi demam kebah.

biar seluruh dunia tahu kita makin sembuh, tahu kita bertambah baik.

dan kita lihat siapa yang akan percayakan kita.

kamu pasti tak percaya betapa mudahnya mendustai manusia.

hampir semudah mendustai diri kamu sendiri.

hampir.

tapi di tangan Tuhan kita lampirkan keyakinan.

mengetahui bahawa Dia tahu yang terbaik itu, yang mana kita tidak tahu.

untuk percaya bahawa adanya cahaya di penghujung lorong, walau lorong itu panjang dan gelap likat.

maka Tuhan, ini pinta aku.

bilakah akan lorong aku berakhir, kerana aku ingin tahu siapakah si dia yang Kau tempatkan di penghujung lorong itu menunggu aku.

agar aku bisa menoleh ke permulaan lorong yang terdahulu dan ucapkan pada kamu;

"terima kasih untuk kenangan. maafkan aku untuk masa silam itu. hiduplah dengan indah. aku sayang kamu, selamanya."

Friday, January 7, 2011

suspending judgment.

assalamualaikum wbt.

today boleh blog for the whole day actually sebab aku takde class langsung. tapi based on Dr. Su'ad's advice, aku rasa cam nak pergi je lah class Applied Linguistics malam ni even though aku tak register for this course. ikut hati, memang aku naaaak sangat *sila baca ikut nada zizan raja lawak imitate dafi* ambil kos ni apatah lagi ini one of the core courses. but everytime i went for the online registration, the feedback is always the same; You Cannot Register For This Course Because The Class Is Full. what the?? mamat iran mana lah yang minat sangat belajar applied ni. korang kan boleh duk malaysia lama-lama, kami tak racism. so bagi lah aku ambil dulu sem ni. balas budi baik aku sebagai citizen yang tak racist. oh tetiba teringat time registration day aku tolong this iranian girl register online because apparently she doesn't really know how to use the computer. rasa sangat helpful. sungguh. betul lah orang kata, the joy of giving is always greater than that of receiving.

so yesterday aku ada mentioned ambil class Functional Linguistics kan and the fact that i don't really like this course but i had to take it since the other elective classes are full at the moment. but after two hours of lecture, *supposed to be three but she cut it short because it was the first class* i take back my words. in fact, this could be my favourite course after all. turns out Functional Linguistics is all about grammar and analyzing textx such as poems, speeches, movies scrypt, excerpts from novels etc. and this course will teach us on analyzing which texts are better than the others from linguistics point of view. hah ambik kau. my lecturer Dr. Sridevi lagi nama dia, is really funny and i have to say she is my favourite lecturer so far. ohmaigad bias seyh. takpe lah sekali sekala. so ada lah dia show a glimpse of last sem punya work yang dia supervise. antaranya comparing the speeches of obama before and after the election, analyzing the scrypt of the movie avatar, comparing the interview with aiswarya rai in oprah's show and david letterman's show. gila hebat wa cakap sama lu. in this course dia cakap kita akan belajar how to analyze texts so that at the end we can tell which text is better, especially for language teachers, this course can help you to determine the line between an A- or B+ when marking students' essays. fuuuh. terkesima aku after lecture dia. tapi yang tak best tuh dia cakap this course is tough. hah buktinya? kelas aku semalam ada tujuh student je siot. semua pun budak first sem. seniors sume tak nak ambil course ni. Dr. cakap dorang takut. so she congrats us lah for being brave. gulp! dia tak tahu kut aku main hentam je register, kalau aku tahu tough, maybe aku dah tak pandang course ni. gahaha. hah tapi nak drop dari kelas ni pulak aku tak sampai hati sebab syarat dia kalau nak ajar at least kena ada seven students register untuk subjek tuh. dah nya kalau aku keluar, tinggal la enam budak hitam. chinese sume, aku ngan sorang lagi je malay. means kalau aku keluar, kelas ini akan ditutup. kesian pulak. tapi yang aku lagi ketar cam mandi pukul tiga pagi ialah dia tunjuk nama previous students dia. jeng jeng. ada sorang je melayu dalam puluh-puluh tuh. hampeh. and i bet yang melayu tuh mesti terror macam izza izelan. *gali kubur siap-siap nak terjun masuk after result keluar hujung sem*

so waktu akhirnya aku still undecided nak buat apa. oh by the way dah kumpul assignments dah first week. sengal betul. article reviews lah, slide presentation lah, online forums lah. *gali lagi tiga kubur sebab ada empat subjek semuanya sem ni*


doakan untuk master aku, please. oh dan yang paling penting,  aku mohon kamu doa untuk ketenangan hati aku. terima kasih. moga tuhan berkati hidup kamu dan aku. amin.

Thursday, January 6, 2011

730 hari adanya kamu. (1)

the first day we met. actually bukanlah kali pertama. dah pernah nampak before. impossible lah satu sekolah satu unit beruniform tapi tak pernah nampak kan. but tak pernah sekelas. our paths have never crossed each other. but on that fateful day, god made it crossed. budak sains hayat ramai-ramai pakat transfer school, masuk mrsm lah, sbp lah. aku jugak yang left behind tak dapat offer even though aku pun dapat straight A apa pmr. huh. nada tak puas hati. tapi tuhan selalu punya rahsia. kalau aku dapat offer transfer tentu tak jumpa kamu kan. so sebab ramai move out, my class jadi empty nak mampus. macam duduk dekat graveyard malam-malam. so the school authority pun decide to combine classes despite the different elective courses. mula-mula excited ingat kelas kami budak biologi ni combine dengan lukisan kejuruteraan. set-set hebatlah katakan, mesti kena combine dengan hebat jugak kan. wah berlagak betul time tu. tup-tup kena combine dengan account sebab lukisan kejuruteraan dah ramai sangat student dia in one class. bermulalah episod tak suka dan menyampah, tu belum combine lagi, baru dengar plan dari cikgu-cikgi.

dan pada hari apa aku tak ingat tapi time tu baru balik dari lab untuk kelas biologi. masuk-masuk kelas je, waaah! dah tak macam graveyard, pasar malam ada lah. rupanya time kami ke lab mereka ni diarahkan oleh cikgu apa entah aku tak ingat untuk masuk kelas kami. so tak sempatlah nak arrange seating dalam kelas kan nak duduk dekat dengan siapa. kalau ikut kami ni assabiyah, tak mo campur dengan budak akaun. aku pun terus cek seat aku dekat dengan siapa. ha depan, kiri, kanan save. all girls, budak biologi lagi. aku menyorot pulak pandangan ke belakang. oh tidak. katakanlah ini mimpi. di situ tempatnya budak laki yang rambut kaler ada bleach sikit, muka macam penyangak. that's it aku tak suka. tapi takkan nak bagi flying kick pulak kan. duduk je lah buat muka plastik.

ustazah masuk. aku still ingat first day jumpa dia ni belajar tajuk solat jama' dan qasar. the thing with malaysian education system ni, dia duk repeat mende sama je each year. so time pmr dulu dah belajar ni, aku mestilah ingat sebab memorize sampai nak terbakar fius otak. ustazah ni pun panggil nama aku suh pikir hikmah solat jama' qasar. aku kan best student. hoho so tak payah pikir. terus aku jawab dengan lancar macam bullet train kat jepun. aku jawab membuktikan bahawa Islam bukanlah suatu agama yang membebankan. fuh ayat buku teks form three tu. bebudak bio relaks je sebab aku rasa dorang pun boleh jawab kut. tapi bebudak akaun time tu siap reramai cakap fuuuuh~ lagi. hah kau bangga sekejap. after that sume kena tulis nota dalam kelas. time ni lah budak rambut bleach ni sepak kerusi aku. ingatkan tersepak, aku buat bodo lah. tapi tak henti-henti pulak sepaknya. siap panggil nama syarifah lagi. tuh yang aku konpius. nak kata panggil aku, nama aku bukan syarifah. nak kata panggil syarifah, syarifah tuh duduk jauh nun di depan kelas. last-last bila aku buat bodo, keluar lah dari mulut dia yang takde insurans tuh, "gila sombong!" aku sombong? oh benci betul. first class dah ada orang tak suka aku. tensen.

masuk second day, agak-agak dah dengar banyak kali cikgu panggil nama aku, dia pun lalu sebelah pastu stop. dia tanya balik, bukan syarifah ek? aku pun angguk muka innocent. ingatkan dia nak apologize, hah korang tau dia buat apa. gelak. dia boleh gelak dan kata oh ingatkan syarifah. dan dia pun tanpa segan silu blah camtu je. dalam hati aku nak jerit "eh ko tak mintak maaf ke, ko kutuk aku semalam, bodoh lah kauuu!" and after that day, since seat kami depan belakang je, banyak la interaction between us. bukan interaction apa pun, dia sibuk pinjam kerja sekolah aku nak tiru, dasar pemalas mat jenin tak siap kerja.

itu kali pertama aku kenal kamu. memang bad impression. nanti aku cerita lagi akan hari-hari aku adanya kamu. bila tamat semua hari-hari itu, aku takkan lagi lakarkan kisah kamu di sini. cukup, aku akan berhenti. aku akan ucap selamat tinggal pada kamu, dan pada semua rasa yang pernah aku tahu melalui kamu.

master syndrome.

assalamualaikum wbt.

my master programme kicks off. finally! after the first two classes attended this week, i've to say; SAYA SANGAT TAKOOOOT! yes. dan ini bukan exaggerate ye. first class i entered was Second Language Acquisition or SLA. my respective lecturer would be Dr. Ng Lee Luan. she is at first glance ohmaigad..scary the merry people. seriously. she practically kicked out those yang tak register online on the spot. luckily i did. phew~ but then she became sort of okay i guess. sort of. hahah. but blimey she loves asking questions and analyzing feedbacks.

those yang kenal saya dari zaman sekolah sampai degree mesti tahu saya cukup tak suka berdiskusi dalam kelas ni. i very much prefer to listen and evaluate on my own rather than sharing or expressing my own thoughts. kedekut kata kau?? oh tidak. thta's just me. individuals are born different you know? i'm more of the silent killer. wah. hahah. tapi masuk kelas master, oh-ho. that would be a big no-no. for three hours class, the lecture would only take up to one hour and a half. paling busuk pun two hours. ha the rest of the period buat apa kau tanya? tutorials la babe. discussion sana sini. presentation. pengsan! tapi korang jangan pandang rendah pada aku walau aku tak la tinggi mana fizikalnya. let's see. first class SLA kami go through theories of SLA, like behaviorism, cognitive and sociocultural etc. the thing is, those of us from the educational background have learnt this albeit not so deep, but the basic is there. aku pun excited la bab masuk behaviorist ni sebab aku ingat dia nak tanya siapa founder theory nih, in which i have it at the back of my hand, BF Skinner lah siot. dulu time final sem degree Dr. Izaham had asked this question and i was the one giddily answering. so ingatkan boleh jadi deja vu. tapi Dr. Lee tak tanya lah pulak. dang~ aku pun dah give up lah sebab tu je la yang aku ingat kalau nak jawab pun. tapi tetiba dia mentioned Noam Chomsky. hah kau? ring ding dong ring ding dong~ oh aku yakin pernah tahu ni dulu. so dia pun dengan muka penuh nak mencabarnya tanya, what is Chomsky famous for? mungkin suhu aircond sangat rendah atau aku sangat lapar, maka aku yang tak suka bercakap ni tetiba menjawab dengan beraninya, ehem ehem. UNIVERSAL GRAMMAR? note: siap ada question mark di hujung itu, sebab tak sure pun sebenarnya. dapat lah aku compliment good sekali dari dia. wahaha, nak melumpat rasanya. even though tu je la sumbangan aku hari tu compared to others yang macam makan buntot ayam tapi still, aku dapat good dorang tak dapat. wakakaka please bear with me.

second class of the week General Linguistics. Dr. Su'ad memang bestlah. funny dan lenient dan understanding dan macam-macam lagilah positive adjectives yang wujud. sedar-sedar je dah habis tiga jam kelas. happening tuh. so today ada satu lagi class, Functional Linguistics. erm truth be told, aku tak suka pun subjek ni tapi class lain dah penuh, so aku terpaksa ambil yang ni. kalau ikut hati nak ambil Descriptive Linguistics. adoyai. hantuk kepala dekat dinding. indian lecturer yang ajar ni karang. hoho 1Malaysia lah lecturers aku. till then toodles~

seniority is a new name for old.

assalamualaikum wbt.

minggu ni adalah minggu paling annoying abad ini. dulu masa ambil pre degree terasa muda belia. sambung degree rasa macam hebat sikit. so secara logik dan afdalnya bila sambung master terasa lebih superior bukan? teet~ salah! hari ini aku tahu. bila sambung master terasa tua. bukanlah aku menidakkan kuasa tuhan. semua orang pun akan tua jugak, except benjamin button lah kut, jadi baby pulak punyalah tak logik. tapi yang aku rasa geli-geli macam terpegang katak ialah sebab selama ni aku adalah adik. dari sekolah rendah bawaklah ke sekolah menengah sampai ke universiti. aku memang adik sebab aku lompat kelas, atau dalam bahasa omputehnya grade skipping. dunia aku dikelilingi oleh mereka yang berumur wahahah perasan muda sekejap. tapi rupanya panas tak sampai petang, awan kumulonimbus datang membawa hujan.

hari ni di mana-mana pun aku pergi, baik ke fakulti atau balik ke kolej, akan terdengar suara kanak-kanak ribena menyapa girang, memakai seluar track dan muka innocent. tak lain tak bukan sapaan mereka akn dimulakan dengan..."Akak!" apakah kegilaan ini? mereka tak nampak kah betapa awet mudanya aku, lebih kurang sama besar je pun. oh tapi salah aku jugak dengan jujurnya mengaku umur sebenar. gila sengal mereka berumur 20 tahun. paling busuk pun 21 lah. aku pun dah tak berapa ingat apa aku buat masa umur aku sebaya mereka. let's see...yes! aku part four, kelas seminggu ada tiga hari saja jadi aku jadi tak keruan gila bercuti sampai otak jadi sengal. itulah aku di kala 20 tahun.

maka hari ini aku yang berumur 23 tahun ni saban hari dikelilingi oleh budak-budak yang kerjanya tanya aku, "Akak, *oh dengar perkataan ni sahaja cukup nak sumbat mereka dalam baldi pastu tadah air dalam tu sampai penuh* ok diulangi "Akak, susah tak ambil master?" aku pun bagi jawapan standard chartered iaitu depends lah. kalau minat ada boleh lah jadi senang. muahahah. dan mereka pun akan lihat aku dengan kagum seolah melihat anita sarawak tanpa kulit tegangnya. tapi sebab aku lagi tualah aku rasa sedikit bosan dengan conversation mereka. sedikit jelah tak banyak. dapat pulak roomate pijak semut tak mampus. otak tak berapa sewel macam aku. so tak bolehlah aku gila sangat, nanti tercalar imej aku. dah la aku minoriti kan. nasib badan. yang paling sedih, walau aku paling tua, tapi tak rasa cam senior langsung. sebab aku degree bukan di sini. dan yang pasti, aku sunyi tanpa kawan sewel aku dahulu. dugaan tuhan, redha je lah kan.

Tuesday, January 4, 2011

drowning.

i used to hate being in the water. when i was seven, my family went to this water themepark. there i got brave and stupid and decided to leave my parents' side and join my sisters and brothers who were much older than i was. as they were much taller, their strides were longer and more powerful. as we crossed the somewhat deep pool, i was the last one in line. so i tried to catch up with them but i slipped. my whole body went underneath the water. i did not know how to swim and i could not scream because i kept on treading water. my vision was turning blurry and my lungs were burning. i thought i was surely going to die at seven. but then my sister pulled me right out of the water. after that day, i dropped out of swimming lesson. i put the traumatic experience behind, shut it in a box, and threw away the key. i seriously believed that i would never get drowned again.

last year, i found myself yet in the same deep pool, clawing my way out. but this was not an ordinary pool. it was a pool of thought, of emotions so high it drowned me. i kept telling myself to get a grip, pull myself together, and that surely i would reach the surface once again. i kept kicking my legs further, more excessively until all the energy drained from my body. i turned limp and lifeless. and in that seconds, i lifted my head and i saw hands reaching out to me. pulling me back to safety once again. i could not make out whose hands they were or even the faces and voices. but i could feel it deep in my bones who they were. they were my friends.

today, i finally understand the true meaning of being drowned; the realization that no matter how many times i drowned, there would always be those hands, forever reaching out to me, pulling me back to safety, telling me that it is okay to cry because people would never figure it out of whether they were tears or waterdrops. in life, i would get drowned time after time. but as long as my friends live by my side, i would live. i would not die for them as i would not let them die for me. we would hold hands and fight our way together. we will live for each other. insyaAllah we will make it through. god is great. from Him we have come and to Him we will return.

Sunday, January 2, 2011

tahun baru. (1)

assalamualaikum wbt.

hari ini tahun baruku disambut dengan cukup berbeza dari biasa. dan semuanya bagiku kebetulan yang dirancang oleh Allah yang mana Dia punya rahsia sendiri akan tiap aturan buat hambaNya. seharusnya aku telah selamat berada di UM menyambung pengajian master. tapi takdir tuhan Piala Suzuki kita menangi, maka Jumaat itu diisytihar cuti. tak dapatlah aku mendaftar di IPS UM. aku berkeputusan menyambut tahun baru di kampung. little did i know what God has planned for me. kata orang, tuhan itu selalu punya rahsia. hari ini, kutemu satu dari rahsia itu. Allah itu Maha Besar. percayalah.

pagi tahun baruku dimulakan dengan menghadiri my best friend's engagement ceremony, Maryam. beliau ini yang sama-sama ponteng kelas, meniru nak rak dalam exam time sekolah dulu. the moment i saw her, i knew. i've been missing her for so long. niat hati nak datang awal tolong, last-last tolong tengok je la. semua kerje family members dia berlumba-lumba nak buat. berebut kumpul pahala lah tu. aku dan ella (geng ponteng jugak, walau dia nampak kecil dan tidak merbahaya) pun join tolong tengok. at least walau tak tolong, kami tak dapat dosa sebab tengok je tapi takde mengumpat. eh yeke takde? hah betul lah takde. everyone is so diligent doing their work sampai tak tahu nak mengumpat siapa. aku cari juga orang yang boleh dimengumpat, yang muka ala-ala penyangak ke. tapi memang takde lah. tuhan sayang aku, tak nak bagi aku dapat dosa rupenya. alhamdulillah, tu salah satu rahsia Allah jua bukan.

malamnya pula ada bbq party. setelah dikerah oleh ella dan elly (eh cam upin dan ipin lak..heheh) aku pun kalah dengan asakan bertubi-tubi mereka seperti indonesia diasak bola sepak dengan malaysia. cukup memalukan bagi aku yang hati keras ni untuk kalah dengan mereka yang lembut macam span. mereka pakai kasih sayang kot pasal tu aku kalah. tapi sampai-sampai tak ada gaya parti lah. macam 10 sekawan main masak-masak ada lah. tak ramai rupenya yang join. kerana kasih sayang mereka, aku telah tertipu. takpelah, kawan punya pasal. best lah makan ayam, nugget dan 'hotduck' (fik sebut macam ni tapi aku dah biasa dengar dia cipta kosa kata baru so aku tak la heran sangat..). dekat pukul sebelas lebih, fik dan ella akhirnya memahami sign pandang-pandang yang aku dan elly lakukan dan fik dengan baik hatinya hantar kami pulang. tapi kena hantar ikie balik dulu sebab anak teruna tak boleh balik lewat malam. hahah takde lah. kami hantar ikie dulu sebab elly takut akan misteri nusantara kat tv tu jadi betul-betul kalau hantar dia balik last. tapi malangnya aku balik rumah blackout lah pulak. time countdown new year tak nak blackout pulak. time tu ada banyak bunga api so takde lah gelap sangat kalau takde api pun.

nak pergi amik medication kejap, nanti continue part two ye. thank you. assalamualaikum.