Followers

Saturday, November 27, 2010

bahagia itu milik semua.

sekian lama aku berpeluh cacian menyerap hebatnya sebuah tekanan dan agungnya secangkir ilmu itu, hari ini aku bisa hadirkan seraut senyuman buatmu ibu ayah. topi bersegi jubah kemilau idaman sekalian graduan itu bakal kusarungkan tidak lama lagi. syukur sujudku padamu ya Rab yang mencampakkan tiap kesempatan agarnya aku terus-terusan menyusuri jalan rahmatMu. kulihat sinar indahnya pada mata-mata mereka, wajah tua itu yang kerap kali melihat aku tersungkur lalu dikerah kubangun kembali, yang saban waktu mendengar tangis rayu anak buntu ini, lalu diseka dikering titisan air mata deras. ini segala untukmu, agar aku bisa menebus hapus kegagalan lampau yang buat kamu sisih aku sejenak. walaupun sejenak cuma, nanah darah itu masih kuingat jelas pahitnya. luka parut itu kekal menjamu halau bahagia sehari-hari.

banggakah kamu akan aku hari ini wahai ibu? butuhkah kamu akan anak sunyi ini ayah? hari semalam aku disapa lembut akan harum wangian kasihnya seorang ibu. kata ibu aku anak baik, anak harapan orang tua. tak mungkin pernah ingin hati ibu menukar ganti aku dengan yang lainnya. ibu katakan aku anak bimbingan agama terbaik, tahu batas Islam itu, istiqamah merebut segenap ilmu dunia akhirat. meski tiada istimewanya aku pada mata mereka, walau buruk usang lunyai dipandang mereka, tetap aku anak ibu yang baik. duhai ibu, baik indah nian apapun aku ini, kerana wujudnya kamu, didikan kamu, sabarnya kamu akan aku anak serba gundah. dan untuk itu, seharusnya pujian selaut penghargaan itu wajarnya buat kamu. cukup dengan hamparan kasih kamu anak ini akan hidup. bernafas meski sukar, berdiri walau lemah, tersenyum kala rebah. akan kugagahi hasilkan kekuatan untuk kurasa secebis kasih itu yang waktu dahulu cukup aku dahagakan.

hidup aku untuk Tuhanku, untuk bahagiakan ibu ayah, dan yang selebihnya untuk mereka yang pernah sentuh hati sedih aku dengan sayap seakan pari-pari. dan kumohon dalam tiap sujud solat di sejadah itu akan Kau hadirkanlah hatta sekelumit cuma sinar bahagia untuk rawat luka silam, sebuah keyakinan untuk hambat bayang-bayang semalam, untuk aku teguh berdiri dan lenyapkan lalang lemah dalam hati. campakkan keluar rasa teramat dalam aku untuk si dia itu andai itu yang Kau lakarkan di Luh Mahfuz. akan selamanya aku hambaMu yang lemah dan hanya kepadaMu anak ini meminta. bisakah kiranya bahagia itu milik semua?

Amin ya-Rabbal al-Amin.

No comments:

Post a Comment