Followers

Sunday, November 7, 2010

bila hati ingin terbang.


aku mahu menjadi ainul mardhiah itu yang saban waktu menjadi sayapmu agar kau bisa temukan langitmu, meski hujan ribut dan terik panas, akan tetap aku lebar bukakan diriku moga kau takkan pernah jatuh tersungkur. akan aku lihatkan kepada kamu akan tiap kebesaran Allah itu supaya kau takkan pernah lalai alpa akan nikmatNya malah riak sombong akan keupayaanmu terbang tinggi.

aku ingin menjadi siti aisyah itu yang menerangi tiap malam pekat yang menyelubungi sinar dirimu. biar berjuta bintang hadir di langit, akan aku pastikan cahaya yang paling indah tenang itu datangnya dariku, agar kau tidak menjadi sesat dalam tiap jejak yang kau lalui, meski berduri berhutan jalan itu, kau akan senang melangkah riang kerana syukurnya kamu akan hadirnya aku di langit malam.

bila hati ingin terbang, tiada siapa yang mahu merangkak, bukan?

No comments:

Post a Comment