Followers

Friday, November 5, 2010

aku ingin hantar kamu.

pagi ini aku kemas almari petakku. ternyata telah lama aku tinggalkan ruang itu senyap dan sepi. kamu tahukah? aku temui sesuatu di dalamnya, amat tidak masuk akal bagiku. aku fikir, telah kubuang hapuskan segala itu yang beridentitikan kamu. waktu dulu itu, aku ini amat nekad sifatnya, meski hatiku merintih dan mataku berkaca, tetap tanganku pantas cekal mengaut memadam segala itu yang darinya kamu. tapi pagi hening ini aku temui sesuatu yang meruntuh memecah dinding kebal hatiku. kamu itu tentu tidak tahu betapa jauh masa itu melewati hidupku untuk aku bina tembok tinggi itu, untuk aku susun aturkan batu-bata tebal itu agar aku ini bisa jadi kebal. aku perlu jadi si kebal itu agar raung teriak hatiku tidak mereka dengari. dan lambat-laun, aku sendiri juga akan sebati dengan rasa sakit itu, aku akan sembuh dengan sendirinya.

dan bila tiba waktu aku sembuh nanti, aku mahu kamu ada di situ untuk aku hantar kamu pergi seikhlas setulus yang termampu.

No comments:

Post a Comment