Followers

Monday, February 28, 2011

of monday blues.


Assalamualaikum wbt.

semua orang pun ada monday blues. hari isnin adalah hari kesepakatan sedunia di mana akan bersusun status di facebook tentang kebencian dan kemeluatan pada hari isnin biru ini. mana tidak, sudah berjimba sakan di hujung minggu macam orang dapat cuti bersalin lagaknya, tetiba kena gosok baju, bangun awal, mandi pagi sejuk amat, tudung pulak tak matching baju, kasut hilang sebelah, anak kucing demam. semua la nak jadi hari isnin.

agak-agak korang berapa ramai hamba Allah swt yang memaki tiap kali tiba hari isnin? apa yang mereka dapat rasa-rasanya? adakah hari isnin itu akan terus skip jadi jumaat kalau dimaki? adakah baju hilang kedut tak payah gosok? boleh punch in tengah hari? anak kucing sihat macam iklan friskies? haraaammm.

dan agaknya lagi berapa ramai yang bangun pagi, ucap syukur pada Allah swt kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas? nadi masih berdenyut? jantung tetap berdegup? terfikir tak andai Allah swt hantar malaikat menjemput mereka semasa tidur nyenyak. tak bangun dah mereka. bangun pun akhirat nanti untuk bersoal jawab dengan tuhan.

hah apa rasa? ada takut? ish effa ni potong stim betul lah. nak luah rasa beban sikit pun dah takut sekarang. haha alhamdulillah bagi sesiapa yang takut. bererti masih ada iman dalam hati dan takut pada hari pembalasan kelak. after today, hari isnin mesti sambut dengan senyum. tak ikhlas takpe, janji tak memaki hamun. at least tak dapat dosa.

oh lupa nak bagitahu. saya suka saja hari isnin. sebab saya takde kelas hari ni. maka dengan itu, saya akan selalu tersenyum untuk tiap hari isnin. kalau sem depan ada kelas hari isnin, maka alu-alukan lah saya join korang memaki isnin. hoho paku serpih rupanya effa ni. takde lah, in case saya termaki juga, nasihatkanlah saya kembali. anda dapat pahala tau.

sebelum terlupa, selamat hari lahir untuk mohd noor khairul. beliau ini head prefect masa sekolah menengah. sangat bias orangnya. orang lain rehat lama-lama dia baham, girlfriend dia dapat senyuman sahaja. dush dush. encek khairul, jadilah anak yang soleh serta bakal suami dan bapa yang setia membimbing keluarga ke arah keredhaan Allah swt. lindungi mereka sampai syurga boleh?

p/s: cik rahika tak puas hati entri saya banyak sedih semenjak kebelakangan ni. nah, happy tak entri ni? haha cik rahika, saya rindu mahu masuk awal dalam bilik mesyuarat sama-sama masa praktikal dulu. kunun guru berwibawa, padahal ambil gambar pose semua sudut. berwibawa lah sangaaaatt.

2 comments:

  1. haha. bosan kot datang bilik mesyuarat itu lama-lama. amik la gambar. gagagaga. dulu aku memang kaki amik gambar sekarang dah tak sangat (kot)

    ReplyDelete
  2. rahika dah tak amek gambar? oh harus msk mastika ni. ajaib yang amat. bahaha.

    ReplyDelete