Followers

Friday, December 10, 2010

apa yang tinggal.

tahukah kau apa itu cinta?

cinta itu ialah cairan lilin yang tinggal setelah apinya padam malap. cinta itu ialah kehangatan yang terasa biar nipis lusuh selimut litup. ia adalah pohon rendang yang kekal tegak setelah bunga daun lebat indah gugur luruh. cinta ialah pabila ribut gelap ansur hilang tetap kau rindukan dingin hujan. cinta tak ingin sempurna, tak perlu indah selalu. cinta hanya mahu difahami, tak diadili, beri apa adanya. cinta itu yang tiba saat kita halaunya jauh, dan lenyap bila kita gapai selaut harapan. ia agung dari ombak tsunami, bisa pecahkan hati-hati yang paling keras, merubah menjadi air laut tenang yang setia mengalir ke sungai. cinta itu yang ajar derita itu amat perlu untuk bahgia, amat sukar dikikis meski berkali berpaling pergi. cinta itu jua letusan api yang lavanya pekat panas, mengeras menguat tiap tanah yang pernah lembut. cinta ialah akar berselingkar jauh di dalam tanah, yang walau pohonnya ditebang patah, ia tak bisa dipisah asingkan kerana serasi dan telah terlanjur membesar tumbuh bersama. cinta ialah bayang-bayang yang terbentuk pabila terik mentari membelakangi, angin yang meraut halus selepas hujan, darah yang beku melitup luka lama. ia adalah tiap hati yang pecah tapi harusnya ia kekal berdegup. cinta tak pernah memiliki, tapi rasa manis pahit tak bisa hilang walau dibilas dibasuh seumur hidup. cinta ialah pabila semua indah hilang lenyap, tika semua tawa girang terbisu menatap, saat jiwa yang pernah menyatu bertukar kosong, tapi tetap ada sesuatu yang tinggal yang masih mahu kau pegang erat. sesuatu yang tinggal itulah cinta.

tahukah kau apa itu cinta?

No comments:

Post a Comment