Followers

Sunday, May 29, 2011

yang berubah.

Putus cinta, atau kasih, atau yang sewaktu dengannya sebenarnya adalah perkara biasa. Tanyalah mana-mana manusia yang hatinya pernah diisi dengan rasa yang pekat mengalir itu, biar mereka telah sembuh dan menemukan cinta yang lain, ada sesuatu dalam diri mereka yang telah berubah sebenarnya. Selalu ada sesuatu.

Yang luar biasa adalah siapa mereka setelah lerainya kisah silam antara mereka. Apa yang berubah setelah mereka jatuh terjelupuk dan terpaksa bertarung dengan diri sendiri; antara keinginan sendiri dan ketentuan takdir. Dan siapa mereka setelah pertarungan ini tamat bergantung kepada kuatnya hati mereka belajar melepaskan juga menerima.

Apa yang berubah dalam diri mereka sebenarnya? Ia seakan melihat tenang pelangi petang dan dalam masa yang sama cukup mengerti bahawa pelangi itu akan hilang jua nanti. Seperti menatap bunga api pada setiap tahun baru, cahaya apinya cukup terang membakar, tapi juga terlalu cepat hilang di langit. Inilah yang berubah dalam mereka. Iaitu kesediaan dan kesedaran bahawa usah terlalu mencintai kerana boleh jadi damainya dia akan cinta kita hanya sementara, bukan untuk kita pegang hatinya selama. Pengalaman sakit itulah yang merubah sekeping hati mereka.

Putus cinta perkara biasa bagi manusia. Yang luar biasa adalah perkara yang mereka lakukan untuk terus hidup walau hakikatnya mereka pernah mati.

Masih hidupkah kamu? Saya masih. Dan kerana itu saya bahagia.


Nota:
# Sedang menambah berat badan. Saya perlukan lima kilo, doktor yang cakap bukan saya.
# Praktis drive Gen-2. Nak tunggu Cik Kakak Pensyarah bawak balik Viva memang mimpilah.
# Tetap berasa cinta itu pelik. Ia memilih untuk sembunyi seketika dan keluar tiba-tiba. Lain kali kalau rasa nak menetap, menetaplah terus. Kalau rasa nak pergi, janganlah kembali. Ni tidak, main sembunyi pulak. Tampar nak? Hehe.

No comments:

Post a Comment