Followers

Saturday, April 30, 2011

gadis itu.

Gadis itu,

Kamu seperti buku puisi di kedai-kedai buku terpakai. Sukar ditemui akan dirimu. Kau punya edisi terhad. Namun kerna kau itu karya sastera, tak ada tempat untuk kau di hati ramai. Bukan kerna mereka tak melihat kamu, tapi kerna mereka tak faham akan bahasa diam kau tuturkan.

Tiap helaian buku puisi itu adalah hatimu. Jika mereka mentafsir satu demi satu diksi kau ukirkan, tentu mereka akan temui gadis yang tak pernah mereka temui. Jiwa yang kuat itu hanyalah latar hidup kau lukis bagi kaburi mata mereka, walau aku sendiri tidak tahu mengapa harus kau menipu semua. Dan aku - aku tahu ini kerana aku pernah membaca kau pada suatu masa lalu.

Tapi kini kau tersorok di rak buku yang terbawah, tersembunyi di sebalik debu tebal, dihimpit karya-karya agung Shakespeare dan Wordsworth. Mana mungkin ada mata yang melihat kau. Jika ada sekalipun, kamu tiada nilai kerna kau hanyalah buku puisi lama, nama kau tidak semasyhur.

Kau adalah puisi lama yang pernah aku tatap. Tapi kini kau dibalut sampul jernih, diletak tanda harga murah di kulit bukumu. Tiada siapa pun yang dibenar membaca puisimu. Cuma bisa melihat kulit nipismu. Tapi kata kau puisimu bukan untuk dijual. Kamu tak mahu dijual. Kau tak mahu ada yang membacamu.

Maka akan selamanya kau menjadi buku puisi lama, ditinggal dan akhirnya dilupa. Kau akan kekal di mata mereka begitu. Bila bungkam kau begitu, bila resah jua kau begitu. Keras tanpa perasaan. Tapi andai mereka membaca kau seperti aku pernah membacamu, akan mereka lihat kau yang teramat sensitif, yang punya luka di tiap rima puisi kau tuturkan. Gadis itu yang tak mungkin difahami semua.

Sedang aku sendiri semakin tidak memahami kamu...

ingatan pada suatu kasih yang tak jadi.

Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi

Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir

Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu

Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.

(Zurinah Hassan)

Friday, April 29, 2011

berbeza kita membalut luka.

Mengapakah dua orang yang bertaut hatinya tidak dapat kembali?

Seusai kata perpisahan...

Si Gadis akan termenung sepi melihat rintik hujan jatuh pada tingkap. Telefon digenggam menanti suara yang lama bergema diam. Memikir apakah mungkin jalannya akan berselisih, Si Gadis memakai baju kesukaan Si Teruna. Menapak perlahan pada jalan-jalan yang pernah dilalui bersama. Siapa tahu, mereka akan bertemu pada salah satu jalan itu. Menyimpan nombor telefon yang sama, kiranya Si Teruna terfikir untuk mencarinya kembali. Mencoret kata di laman rahsia, mungkin sahaja akan ditatap oleh Si Teruna, mungkin dia akan kembali. Itulah Si Gadis - mengingati tapi tidak mencari.

Si Teruna membayangkan pertemuan kembali tentu menyakitkan. Mungkin sahaja hati Si Gadis akan berpaling kira berselisih. Sedang hati Si Teruna mungkin sahaja lemah kecundang. Memikir akankah Si Gadis terlihat kematian dalam matanya. Lalu menapak perlahan Si Teruna pada jalan-jalan asing, jalan kosong yang tiada pernah dilalui bersama. Hindar jauh dari jalan-jalan yang punya kenangan. Menukar nombor telefon. Berhijrah ke bandar baru. Usaha sehebat meluput tiap rasa. Namun masih ada kata-kata tergantung sunyi. Mungkinkah akan bertemu kembali? Itulah Si Teruna - mengingati tapi tetap menjauhi.

Setelah bertahun melalui jalan yang tiada bertemu itu, jejak mereka menyatu. Disapa lembut angin malam. Menatap satu wajah yang membina kenangan. Di situ Si Teruna telah siap membina keluarga sendiri, punya tanggungjawab pada sebuah kehidupan yang luas. Si Gadis pula telah terbang tinggi melewati mimpi yang kini dalam genggaman. Saling menatap, diam seakan tenang menyaksi mentari subuh. Beribu kata yang tak terucap dahulu. Dan kini masih tak terucapkan. Mari mulakan kembali. Itulah kata-kata yang bertahun berantai di hati, kini terbang di udara tanpa diluah. Yang terucap di bibir mereka hanyalah ucapan ringan. Sekadar bertanya cuaca dan hidup terkini. Sekali-sekala berkisah akan keluarga yang dibina dan mimpi yang terlaksana. Seterusnya, Si Gadis dan Si Teruna berpaling dan teruskan langkah dalam jalan berbeza yang telah mereka pilih.

Mengapakah dua orang yang bertaut hatinya tidak dapat kembali?

Kerana dia hanyalah Si Gadis manakala dia itu pula hanyalah Si Teruna.

Dan bukankah sudah saya katakan, perempuan dan lelaki membalut luka dengan cara yang berbeza...

Wednesday, April 27, 2011

chasing time.

My dad is 6o.

I read Izza's post today and found myself nonchalantly counting my dad's age.

He is 60. Like really 60. And 60 is like, old. I always have this absurd idea that my dad will always be around 50. He'll never age. And lots of people said he looks younger than his age. So somehow I sort of lost track of his age years ago as I've stopped counting.

So I guess it never hits me how old he could get. Until now.

And I found myself crying. That's even more absurd.

I always have this mental image that my dad would be there as I progressed in life.

...My dad would firmly shake hands with the man who would take me away from him and take responsibility of me.

...My kids would meet the man who taught me to pray and recite the Quranic verses one by one with tears in my eyes. I want them to grow up knowing this man, not just by name but as a person with whom they have had memories with.

...My mum to have a lifetime spent with the man who took her away from grandpa, to continue their bickering over silly stuffs, cook for this man, and have my family visits them during holidays or weekends.

And now I wonder. How much time do we have left? How much time does he have left?

How much time do I have left? Would there be enough time left to wait for those mental images to actually happen?

I've already lost one man I love this year. Well, actually I've lost him quite years ago but it only drown in me now. I cry like I've never cried before and this is only a man I've known for eight years.

I've known my dad for a lifetime. How much will it hurt then I wonder?

One by one people are leaving me behind. And yet one by one my memories are increasing.

Aren't we supposed to get more forgetful as we grow older? Then how come it works the other way for me?

Back then when we were five or six, if we knew which people who would leave us with more wounds when they left us, do you think we'd be loving them less?

Tuesday, April 26, 2011

dance.

One step at a time
Just dance to this hymn
Though it's only a mime
In my heart it's a rhyme.

Keep dancing, Ifa.
One step at a time, till one day you can run.

Thursday, April 21, 2011

anehkah?

Saya kecewa. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur diadakan ketika musim peperiksaan akhir. Oh sangat kecewa seolah terlepas bas rombongan sekolah ke Melaka dan Kuala Lumpur. Jangan tanya saya mengapa dua tempat ini cukup suka dilawati oleh budak-budak sekolah. Cikgu sudah kering idea mungkin.

Hartini Ibrahim teman serumah dahulu berada di Kuala Lumpur juga sekarang. Tapi tidak rasanya beliau ke pesta tersebut, membaca bukan bidangnya, itu kata beliau. Tapi mungkin jika saya minta beliau ke jualan akhir tahun atau penghabisan stok di pasaraya-pasaraya dia akan bergegas tak sempat makan pun tak mengapa.

Beliau juga salah seorang dari ramai yang sering utarakan keanehan saya. Anehkah saya jika saya sedikit berbeza dari yang lain? Tentu bosan bukan jika memikirkan semua manusia pun serupa sifatnya. Mungkinkah doktor yang menyambut kelahiran saya secara tidak sengaja menghantukkan kepala saya di birai katil lalu menjadi seaneh ini?

Aneh 1. Setiap kali mendaki atau menuruni tangga tidak kira tinggi mana sekalipun, minda saya secara tidak sedar atau berada dalam tahap di luar kawalan telah menghantar impuls ke otak di mana saya akan mengira bilangan anak tangga tersebut sehinggalah yang terakhir. Lalu teman-teman serumah ketawa hebat bila mereka tahu bahawa saya tahu bilangan anak tangga di rumah sewa lama dahulu adalah lima belas semuanya.

Aneh 2. Saya tidak akan memilih sesuatu yang saya paling suka. Sebaliknya saya akan memilih yang kedua saya suka. Jika menemani Syahirah Saudi yang gemar membuat amal dengan bersedekah di pasaraya-pasaraya, ada masanya saya akan terlihat kasut yang saya suka. Iya, saya sangat suka kasut melebihi baju, seluar, aksesori dan sebagainya. Tapi jika terdapat dua pilihan, saya pasti akan memilih yang kedua saya suka. Kakak saya kata, saya seorang yang takut terima kecewa. Takut kasut yang terlalu diharap sebenarnya tidaklah enak dipakai. Lalu saya lebih rela dikecewakan oleh yang kedua saya suka dari yang paling saya suka. Saya sangat menyedihkan, itu kata beliau.

Aneh 3. Filem hantu saya sangat tak suka. Imaginasi saya terlalu tinggi maka elemen-elemen tak logik dari filem akan selalu terkeluar dari kaca televisyen ke dunia realiti. Tapi saya begitu kagum dan obses dengan filem seram yang melibatkan pembunuh kejam atau bersiri yang akan mendera mangsa secara mental atau fizikal sebelum membunuh mangsa dengan kejam. Kerana saya rasakan mereka ini sebenarnya hanyalah individu-individu kreatif hingga boleh terfikir cara yang paling ngeri untuk menamatkan riwayat seseorang. Mungkin kreativiti mereka tidak disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat, itu sahaja.

Aneh 4. Saya tidak berkongsi masalah dengan manusia lain. Saya tidak punya sebarang masalah jika manusia ingin berkongsi masalah dengan saya, tapi saya tidak akan berbuat demikian. Maka andai ingin tahu juga, perlulah membaca. Saya manusia yang tak bercerita secara lisan, tapi dalam tulisan.

Aneh 5. Saya tidak akan membeli bunga untuk diri sendiri. Dah cerita dahulu di sini.

Aneh 6. Saya boleh menyayangi seseorang seumur hidup walau ia menyakitkan. Saya boleh, tapi saya tak mahu. Saya tak mahu maka saya harap ada yang dapat menghentikan keanehan saya yang terakhir ini. Bolehkah begitu? :)

Wednesday, April 20, 2011

not just anybody.

Beautiful cover. Beautiful voice.


Too bad I couldn't just use anybody. Things could have been simpler that way.

Tuesday, April 19, 2011

so long live this.

"Lost love is still love. It takes a different form, that's all. You can't see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those senses weaken, another heightens. Memory. Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it." - Albom

How many people have you met who live in memory? Memory of their loved ones. Memory of laughing so hard till their sides hurt. Memory of crying over lost friendship. Just memories.

And were they happy with it, I wonder. Can you miss someone so much for so many years and yet can still dance in that unheard melody only through memory?

I think people compensate, that's what they do. My mum for instance. She didn't talk much about grandma, and even if she did, it was never with such terms of endearment. My grandma passed away when I was too young to even remember how she looked like.

But there were moments, when I think grandma actually danced in my mum's memory. You see, when my eldest brother gave mum her first grandchild, I never thought she would call herself 'Tok Wan' or 'Wan' to be short. My mum's name does not have the slightest sound of Wan.

But my grandma was called Wan when she was alive. And I guess that's how my mum keeps grandma alive. By being the embodiment of that person herself, she nurtures the memory. As simple as that.

There must be all sorts of crazy ways people do to hold on to memory, don't you think? I think it's because when you have loosen your grip on things, memory somehow always takes you back to those things. It keeps them alive and breathing and like nothing has changed.

And as for me - I dance to my memory by writing it down. This way, as long as someone is reading it, it will never be forgotten. So long live this, and this gives life to thee.

Monday, April 18, 2011

cinta itu fitrah.

biasan pelangi dalam tenang warnanya mula hadir sedikit demi sedikit. namun sayang sekali bila kita takut untuk memandangnya, takut kiranya pelangi itu hanya sebentar dan hujan kelmarin kembali turun.

kita begitu takut untuk mendakap bahagia yang tenang kerana kita tahu bila-bila masa sahaja, rindu semalam akan merenggut rasa itu dan akhirnya kita yang terpaksa melerai genggaman perlahan-lahan, merelakan kenangan yang sama menyapa bak semilir angin senja, sejuk mencengkam ke tulang putih.

kita yang takut untuk bahagia kerana kebahagiaan itu pakejnya bersama harapan. dan tiada siapa yang lebih arif akan kemusnahan yang tinggal selepas punahnya harapan melainkan manusia itu sendiri yang pernah merasai satu kehilangan.

lalu mampukah kita bangun menyambut huluran bahagia itu sedang kita masih terkesan pada kehilangan masa lalu?

harus kita ingat, bahawa kita jiwa yang baik, kita jiwa yang rindu, cuma kita keliru. usah lupa ini adalah kita. kita semua sama, kerana kita manusia. dan setelah semua yang terjadi, fahami yang ini:

cinta itu fitrah. kita tidak boleh sembunyi mahupun memaksanya pergi. ia pasti akan hadir sendiri, pasti. usah dilawan, tapi jangan pula dilayan, kerana kita tidak tahu siapa jodoh kita. jika dilayan, tapi kelak itu ternyata bukan jodoh kita, pasti kita membandingkan jodoh tetapan tuhan dengan kekasih lama. tidak adil bukan? bagaimana mahu bahagia begitu?

lalu kerana cinta itu fitrah, kita harus mengawalnya dan memeliharanya. kita semua mahu bahagia. tiada siapa yang mahu derita.

Saturday, April 16, 2011

aku atau kamukah?

Aku manusia aneh
mencintai dengan aneh
melepaskan juga aneh
dan dengan aneh melindungi
tiap satu yang makin hilang
kamu manusia aneh
dalam sayang kau pergi
dalam kecewa kau tangisi
namun tiada juga kau kembali
menanyakan hati yang kau rindui
lalu aku dan kamu
siapa manusia yang lebih aneh?

dalam dua sisi.

Hidup kita dalam dua sisi
dalam putih juga hitam
dalam senyum juga duka
dalam jelik juga indah
sisi-sisi ini tiada birai
lalu bercampur mengacau rasa
maka cinta itu adalah berbagi
dua sisi secukupnya
menjadi satu... 

aku adalah ombak.

Aku adalah ombak
bila hujan aku gelora
bila hujan aku berbangkit
dan kamu adalah pantaiku
walau jauh masih indah
walau terpencil tetap memanggil 
lautan kita adalah tuhan
yang kekal melindungi ombak
sehinggalah ia sampai kepada pantainya...

Friday, April 15, 2011

lelaki tahu puisi.


"Aku adalah kunang-kunang
dalam gelap aku terbang
dalam gelap aku terang
dan jadikanlah kau senja
kerna gelap kau ada
kerna gelap kau indah
aku hanyalah kunang-kunang
dan kau hanyalah senja
dalam gelap kita berbagi
dalam gelap kita abadi..."

Wednesday, April 13, 2011

damai hakiki.

menemui satu meaningful quote hari ini.

kalau nak lepaskan,
lepaskanlah sepenuh hati...
jangan dilepaskan separuh hati,
dipegang separuh hati lagi...
kelak nanti menghambat hati,
menjerat diri, menyeksa sanubari...
lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati,
biarlah dia pergi...
semoga kau ketemu damai hakiki.
walau bersendiri... 


dia sendiri kagum serba hairan, bagaimana bertahun-tahun dia tegar mengusung separuh hati si adam merata-rata tanpa dia sedikit pun sedari. mencari-cari warna dan rasa si adam dalam setiap wajah yang dia temui. hanya setelah bertahun barulah dia seakan terpandang akan hati yang separuh itu yang dia bawa ke hulu ke hilir.

benar dia panik waktu itu. harus mahu dia buat apa pada hati yang separuh ini? dia lantas jejak separuh hati itu, sekadar melengkapi. terlihat si adam yang sudah bahagia lalu dia terpinga lagi. kerana tidak tahu langkah seterusnya, dia berkeputusan simpan sahaja hati separuh itu. menanti masa disatukan kembali.

lalu kini mengetahui bahawa masa itu telah luput, dia hanya mampu meletakkan penggantungan pada Allah. ketika solat, dalam sujud, pada alunan zikir. yakinlah wahai hati, tolonglah tinggikan keyakinan bahawa setiap yang kita lakukan adalah dalam bimbingan Allah. insyaAllah.

mahu mereka.

nor aziela ahmad.
norfarehan izyani.
hasyimah zamhir.
maryam sulong.
nur amaliah.
hartini ibrahim.
adibah nadzirah.
syahirah saudi.
nadiah zainal abidin.

saya mahu bertemu mereka. mengapa dan untuk apa saya tak tahu. mungkin untuk ketawa bersama. atau sekadar menangis di sisi mereka. tak tahu. saya cuma tahu saya mahu bertemu mereka.

air mata bertamu lagi.

manusia aneh.

ramai pula manusia update tentang persiapan pertunangan si adam hari ini. mungkin kerana tarikhnya semakin hampir kini. ramai yang membantu tak kurang juga yang menumpang teruja kerana ini rakan lelaki yang pertama bertunang. dalam tak sedar, dia juga jauh dalam satu sudut hati, mengharap si adam benar akan bahagia. dan dalam satu sudut lain yang tersembunyi diam, ada pula detakan perlahan pada suara sayu dalam hati.

dia harus kuat, harus membunuh impian ini sebelum ia membunuh dirinya. dia mahu luhurkan kasih hanya pada Allah. dan yakin bahawa Dia akan menggantikan dengan cinta yang lebih baik untuk dirinya. lewat ini syaitan seakan semakin menyukainya. kerana dia hampir sahaja mengikut jejak mereka.

tahukah kamu bahawa syaitan itu dahulunya sungguh taat dan beriman pada Allah? tapi sesudah diciptakan Adam, syaitan itu tidak mahu tunduk pada takdir bahawa kedudukan Adam lebih tinggi. syaitan berjaya beriman pada semua rukun iman kecuali yang terakhir; beriman pada qada' dan qadar. dan kerana rukun iman yang satu ini, mereka dilaknat selamanya.

kamu di luar sana, dia mohon dalam doa baiknya agar jangan biarkan dia seorang persoal qada' dan qadar. tidak pernah mahu dia menjadi seperti syaitan yang tidak mampu percaya pada tetapan Allah sebagai yang terbaik. tolonglah, dan dia pohon dalam ruang hati kamu sekalian walau sekelumit cuma, untuk hadirkan satu doa baik untuk dirinya dalam solat kamu.

siapa tahu, doa kamu lebih tinggi kedudukannya daripada doanya. lalu mohon dia hanya ini, dalam doa baik kamu, suarakan pada Allah agar diluput kasih dan kenangannya pada si adam andai benar dia bukan jodoh dia yang ditulis di luh mahfuz berpuluh ribu tahun yang lalu.

tapi dia ini memang manusia aneh. walau mengetahui bahawa update pertunangan ini akan hanya hadirkan sayu, tetap dia membacanya. berkali-kali seolah ia berita paling gembira. dia memang aneh, menyintai juga dengan aneh, dan dengan anehnya bisa tersenyum di depan si adam seolah kenangan mereka tiada makna.

kamu, kamu dan kamu; jangan jadi aneh seperti dia. khabarkan pada adam-adam kamu yang kamu kasih akan perasaan itu. andai dia punya peluang seperti kamu, akan dia kisahkan pada si adam tentang rasa hebat ini. tapi dia tak boleh berbuat demikian kerana demikian itu hanya hancurkan berjuta impian manusia yang lain.

menyimpan satu rasa itu perit, meyakinkan si adam bahawa dia sudah melupakannya adalah perit, meyakinkan diri sendiri bahawa empat tahun sebuah penantian itu cumalah satu mimpi panjang adalah perit, percayalah. sangat perit.

Tuesday, April 12, 2011

daisi putih.

saya sering melalui kedai-kedai bunga di tepi jalan atau di dalam pusat beli-belah. seakan dilatih secara automatik, saya akan tercari-cari bunga daisi putih. ya, itu bunga kesukaan saya. ramai yang memilih bunga ros, tapi saya tidak. saya sukakan daisi putih.

namun jarang sekali saya terlihat akan daisi putih di kedai-kedai bunga. lambakan bunga ros seakan satu kemestian pula. lalu baru-baru ini di karnival universiti, saya terlihat daisi putih. tiada niat langsung untuk mencarinya, tapi sekilas pandang saya terlihatkan anggun daisi putih.

saya sentuh daisi putih itu yang cukup lama saya nantikan kelibatnya. cukup menawan dan tenang, sama seperti gambaran angan-angan saya. melihat daisi putih meliang-liuk dibawa angin, cukup memukau pandangan saya. seakan tak mampu mengalih pandangan.

pekedai di situ tersenyum pada saya. berdiri di sisi menanti saya membuat pembelian. saya membalas senyuman gadis itu, meletakkan daisi putih kembali di tempatnya, dan mengucapkannya terima kasih. memang itu prinsip aneh saya dari dulu, bahawa bunga bukan untuk saya beli, tapi untuk dihadiahi kepada saya. andai kamu pernah membaca entri hari jadi saya tujukan buat hartini ibrahim dahulu, tentu kamu tahu bahawa saya memang tidak akan membeli bunga untuk diri sendiri, walau saat itu semua manusia pun berbuat demikian.

menyedihkan bukan? bila kamu terjumpa sesuatu yang kamu mahu selama ini tetapi tidak boleh memiliki. bukan tak nak memiliki, cuma hanya tak boleh memiliki.

lalu saya tinggalkan kedai itu sambil membiarkan wangian daripada daisi putih itu terbang di udara.

Monday, April 11, 2011

of lies.

every night for four years.

she convinced herself that she doesn't miss him.

and that's the biggest lie she ever told herself.

again and again.

Sunday, April 10, 2011

kamu sahabat.

bila mana telah tuhan tetapkan takdir kamu hanya sebagai seorang sahabat, maka akan aku berusaha tetapkan pilihan kamu sebagai sahabat kekal abadi hingga akhir zaman.

dan sebagai seorang sahabat, bersaksi cinta di atas sebuah cinta ini, aku angkat dalam doa baik milik tuhan dari aku kepada kamu seorang sahabat. tinggi agama juangmu sahabat aku harap selalu.

khilaf terdalam aku pada kamu ada masa masih terkesan. saat agamamu gelap tiada terbela dan terbimbing, aku tinggalkan kamu. tiada terfikir aku membawamu keluar dari kegelapan itu, melihatkan cahaya indah tenang milik tuhan. aku berputus asa padamu tanpa mencuba. itu khilaf aku.

sedang kamu seorang sahabat cukup jauh aku jalani hidup bersama. hati kamu tidak sekeras yang dizahir. seimbas kembali waktu dahulu, di majlis agama di sekolah, antara berpuluh pelajar lelaki satu tingkatan, hanya kamu yang menangis mendengar zikir. aneh bukan aku masih ingat zaman lapuk itu. zaman lapuk itu juga yang menyentuh hati aku pada kamu saat itu.

dan bertahun terpisah menatap gambar kamu silih berganti dari kejauhan, aku makin terkesan. rambutmu kembali berwarna, lalu pernah aku simpan satu rasa amarah pada perempuan itu yang kau pilih, tidakkah dia merubah kamu, dan dalam diam aku menghimpun rasa bersalah aku padanya, menyalahkan dia sedang aku juga tidak berbuat apa waktu dulu.

lalu hari ini, aku seorang sahabat memohon agar perempuan kasih milik kamu ini bisa membawa kamu keluar dari kegelapan, melihatkan pada satu sinar cahaya yang tidak mampu aku tunjukkan pada kamu dahulu. agar dia bisa melindungi hati kamu, agar kalian bahagia dunia akhirat.

aku memohon agar perempuan yang satu ini untuk menebus khilaf aku yang lalu, yang terlupa memimpin kamu bersama, yang tegar melerai kamu menempuh gelap seorang. dan dalam tiap istikharah cinta aku sujudkan, moga kita bahagia dunia akhirat, bersama tetapan terbaik itu.

Thursday, April 7, 2011

dear memories.

dear memories,
i am not born smart. i worked hard. you have no idea how hard. to get to where i am today, i gave up on lots of things. so stop making me feels like running back and change everything. stop making me feels like this is not worth it.

Tuesday, April 5, 2011

make it stop.

it's raining outside right now. rain reminds her of him. of how he would always text her when it rains. always. said he miss her. and she text him back, asking;

"why is it that only when it rains that you missed me? when it's sunny you don't miss me huh?"

he replied;

"i miss you every second. but i miss you most when it rains. tenangnya hujan sejuknya rasa adalah awak yang menyentuh hati saya berkali-kali."



dear god, why won't these memories leave?
and now even when the sun is shining over her, how come she's still frozen?
he's drifting away from her, bit by bit.
less than a month until his engagement.
tetapan tuhan adalah yang terbaik, she knows that.
yet why is she still crying?

Monday, April 4, 2011

antidote.

Dia bukanlah perempuan yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu.

"Aku kalau aku dah nak sesuatu, aku akan usaha sampai aku dapat. Selagi aku tak dapat, aku tak berhenti!"
"Dah tu kau nak apa sebenarnya ni? Tak pahamlah!"
"Aku nak kau.."

Funny how someone's stupid words can linger for ages. Memories should come with an expiry date. Or an antidote to cure the pain. Don't you think?

Saturday, April 2, 2011

dear silly heart.


you will be happy
and you will let him live happily
okay, silly?

you are crying right now, aren't you?
it's not supposed to hurt this much, silly

so when you go back home
take a look into your mum's eyes
at your dad's face
your brothers' and sisters'
nephew's and niece's
and you know what, silly?

someday you will see
that this is all worthwhile
so do stop crying
i love you, silly