Followers

Thursday, March 3, 2011

walau siapa pun syurga kami.


kadang-kadang saya rasa saya kuat. boleh dengar lecture berjam-jam dalam kelas, mampu siapkan assignment banyak, boleh melawak dengan classmates, chat dengan anak murid sambil bagi nasihat. as if nothing has changed.

ada masa yang lain pulak, rasa sangat lemah, hati rasa kosong, tahu menangis saja. penat melawan kenangan, melawan antara kehendak hati dan ketentuan tuhan. letih memikir apa yang terbaik sebenarnya. finding ways to block the pain and memories.

at the end, saya akan kembali pada tuhan dalam sujud terakhir solat dan doa setinggi langit. waktu inilah saya akan menangis puas, mengadu pada Allah agar dijauhkan harapan, kenangan, rindu dan kasih yang terlalu. yang saya tahu, saya akan jadi lemah bila bersendiri dan kuat bila berdepan dengan orang lain. the moment i am left alone, that would be the longest silence i have to bear. the only sound heard was my sobbing. tapi bila roommate saya ada, saya masih mampu senyum walau baru sebentar tadi menangis dalam solat. perhaps the thing that hurts the most is pretending it doesn't.

saya juga tahu, hati kita di tangan tuhan. Dia yang menentukan tiap perubahan dalam hati. maka saya amat memohon pada Ya Rabbi yang satu ini agar jangan dimatikan hati saya. hidupkanlah kembali hati saya, tiupkanlah semangat juang yang pernah ada dalam diri dulu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui akan soal rezeki, maut serta jodoh bagi hambaNya. seandainya tertulis dia bukan untuk saya, maka jauhkan tiap jaluran cebisan rasa hati untuknya. tapi seandainya dialah tetapan itu, Kau bukakanlah jalan agar kami bersama. dan paling penting, redhakan hati saya. redha, saya mahu redha. mahu yang ini sangat. boleh jadi saya terlalu kasih sedang dia tidak baik untuk saya.

saya mahu ubah harapan tertinggi saya kepada syurga, bukan dirinya lagi. maka andai dialah jalan ke syurga saya, satukanlah kami. seandainya tidak, cukuplah bahagiakan kami dunia akhirat, walau siapa pun syurga kami yang telah Engkau tetapkan. berilah penghidupan pada hati saya. sesungguhnya Allah berada bersama orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment