Followers

Friday, March 4, 2011

pegang dekat.


Assalamualaikum wbt.

dalam pada sibuk siapkan assignments yang menggunung dan presentations yang bertindih, kadang kala kita terlupa dekatkan diri pada Allah swt. saya juga sering buat ini. adakah solat lima waktu dan sepuluh helaian al-Quran dibaca tiap hari cukup sebagai hadiah pada tuhan jika dibandingkan dengan nikmat percuma yang kita dapat?

maka alhamdulillah, sempat saya bangun di tengah malam semalam, untuk bertemu Allah swt. orang kata hati yang sedih terluka itu Allah swt adakan supaya kita makin dekat denganNya. lalu dengan hati yang hampir hilang itulah saya bersujud pada Allah swt. air mata juga tak henti mengalir. risau juga mengganggu lena rakan sebilik. risau dan malu sebenarnya. mesti dia fikir saya kakak senior yang pelik atau ada gangguan emosi hebat sebab selalu sangat menangis tak tentu pasal. jadi hati kuatlah, supaya tak takutkan orang lain.

saya mulakan dengan solat tahajud, diikuti solat hajat, dan akhiri dengan solat taubat. tapi sebab sudah lama tidak buat ini, maka agak keliru juga mulanya. last saya lakukan ini di hujung januari atau awal februari. saya juga sudah lupa. nasib baik ada buku panduan hidup bersyariat ibu kirim. boleh refer bacaan yang tidak yakin.

saya akan sembuh. harus yakin itu. cepat atau lambat sahaja. saya rindu ibu ayah, adik beradik, anak saudara nakal, kawan-kawan kampus dahulu, kawan-kawan sekolah, suasana meriah pada sebuah ukhuwah. di sini agak kosong dan terpencil pada hati. mungkin ada baiknya, semakin dekat dengan tuhan.

malam ni ada satu lagi presentation. haih banyak sungguh minggu ni. sebelum pergi kelas, macam biasa harus berlatih senyum dan ketawa dalam bilik, supaya nanti dalam kelas tak nampak macam buat-buat sangat. sebab dah ada classmate tanya hari tu, kenapa muka saya nampak sedih walau saya sedang senyum. bahaya ni, nanti rahsia hati terbongkar. doakan segala urusan hari ini berjalan lancar ok.

[...aduhai hati saya masih sarat pada sisa rindu seorang adam.]  -.-"

No comments:

Post a Comment