Followers

Saturday, March 26, 2011

hujan kelmarin.

kepada tiap tulang rusuk yang mencari jalan pulang pada tempat asal diciptakan,

jangan berharap agar cinta yang datang akan sama seperti cinta yang kamu beri.

kerana segala hikayat cinta adalah milik tuhan. kerana Dia yang menyatukan dua hati, memisahkan dua hati yang sama juga. kerana sebelum kita lahir, itulah cinta yang Dia tetapkan.

jangan berharap agar cinta yang datang akan sama seperti cinta yang kamu beri.

kerana tiada dua insan yang diciptakan sama selayaknya. cinta yang telah kamu beri hadiahkan pada seorang, ikhlaskan rasa itu terkubur tenang dalam indah lipatan kenangan.

diamkan cinta kamu kerana itu lambang tinggi agamamu, kerana itu lambang agung peribadi mujahidah, kerana itu lambang suci keredhaan dalam takdir.

jangan berharap agar cinta yang datang akan sama seperti cinta yang kita beri.

malahan kita sendiri belum mampu memberi cinta yang sama kepada tuhan seperti cinta yang Dia beri pada kita.

kerana kita adalah tulang rusuk yang hilang, tapi tak mungkin tertukar. itu janji tuhan pada kita. serahkan urusan hati kita kepada Dia, kerana Dia telah simpankan yang terbaik untuk kita.

kepada cinta yang bakal datang esok,

jangan putus asa pada aku. akan ada masa aku lari sembunyi mencari impian yang ditinggal semalam. waktu itu, harusnya kamu berjanji akan kamu kejar aku, turuti aku yang jauh ke belakang.

tarik aku kembali ke hari ini, yakinkan aku akan kamu itu lebih baik dari masa semalamku. mesti selalu kejar aku, pegang aku kemas dalam agama yang terang. usap kering hujan kelmarinku dengan sinar doa setinggi matahari.

lindungi aku dari basahan hujan kelmarin dengan payung lebar pegangan agamamu.

katakan pada aku selalu: hujan kelmarin akan berhenti lambat laun...

No comments:

Post a Comment