Followers

Saturday, January 8, 2011

pergi.


biar kita jatuh cinta kembali, walau dengan siapa pun.

jejak ini yang telah kita jalani bersama, biar kita teruskan langkah walau kita telah terpisah.

biar kita hidup, dan biar kita berdua bahagia.

biar kita senyum melewati kenangan, biar sakit itu ansur menjadi demam kebah.

biar seluruh dunia tahu kita makin sembuh, tahu kita bertambah baik.

dan kita lihat siapa yang akan percayakan kita.

kamu pasti tak percaya betapa mudahnya mendustai manusia.

hampir semudah mendustai diri kamu sendiri.

hampir.

tapi di tangan Tuhan kita lampirkan keyakinan.

mengetahui bahawa Dia tahu yang terbaik itu, yang mana kita tidak tahu.

untuk percaya bahawa adanya cahaya di penghujung lorong, walau lorong itu panjang dan gelap likat.

maka Tuhan, ini pinta aku.

bilakah akan lorong aku berakhir, kerana aku ingin tahu siapakah si dia yang Kau tempatkan di penghujung lorong itu menunggu aku.

agar aku bisa menoleh ke permulaan lorong yang terdahulu dan ucapkan pada kamu;

"terima kasih untuk kenangan. maafkan aku untuk masa silam itu. hiduplah dengan indah. aku sayang kamu, selamanya."

No comments:

Post a Comment