Followers

Sunday, January 9, 2011

kiranya aku tahu.

assalamualaikum wbt.

kiranya mata kamu menatap tulisan kali ini, berkatalah benar pada aku. ada masanya aku tidak fikir akan tiap perbuatan, kata-kata disusun mahupun kebisuan aku memalit derita luka yang kau pendam. aku tidak tahu itu.

hadirnya seorang bidadari indah ainul mardhiah lewat ini, berkata padaku dengan haruman hati syurga itu. kata bidadari kecil ini,

"aku bahagia untukmu, untuk tiap kejayaan yang kau genggam hari ini. tapi terkadang aku rasa disisih hebat, jauh dipinggir oleh kamu. sedarkah kau bahawa kau dianugerahi dengan kecekalan yang bisa buat kau kekal berada di puncak yang kau mahu, tak terbuai bak lalang, tak terhakis bak tanah. tapi kerana anugerah itulah, kau tidak benarkan kami singgah di hatimu, membiarkan kami berpanas di luar."

bicara sang bidadari lagi,

"bertahun kau mengejar impian seluas pantai harapan, terus lupa akan kami mahupun si adam yang menanti di pesisir ditemani buih putih. lalu kami hampa mengharap, rindu adam itu kian pudar, rayuan adam itu kian sunyi, apatah lagi kasih adam itu kian hilang. justeru dia hentikan harapan untukmu kembali. demi tuhan, kami jadi saksi akan tiap derita hebat adam telan dahulu."

hari ini barulah aku bisa terjemahkan pandangan kosong mereka. telah mereka berhenti menanti aku membuka pintu hidupku yang satu. meski hari ini aku buka pintu itu seluas terang mentari, walau kini aku alukan mereka dengan dakapan damai untuk sebuah ukhuwah, tidak kan pernah mereka melangkah masuk. di saat itulah aku tahu aku telah hilang mereka.

kiranya aku tahu mereka tegar mengetuk pintu itu dahulu. kiranya aku bisa dengar rintihan belas itu dahulu. kiranya aku lihat akan harapan agung itu dahulu. akan hampir pasti aku buka pintu itu menatap indah tenang wajah-wajah yang pernah sentuh hati aku. kiranya aku tahu.

sebelum bidadari itu beredar, dia berpaling dan akhiri bicaranya,

"kerana anugerah itu juga, kau kehilangan adam yang kau sayangi. adam kamu waktu itu habis luluh menagih janji yang kau semat tinggi padanya. menanti kau membuka pintu yang kau kunci rapat."

kiranya aku tahu.

"You always had tunnel vision. You could just block everything out and write. You blocked us out."

No comments:

Post a Comment