Followers

Sunday, January 9, 2011

puisi bidadari.


assalamualaikum wbt.

pada usia mentah sebelas tahun itu, Allah temukan aku dengan seorang bidadari. dia seakan bidadari tercantik di syurga. kerana itu namanya Ainaa Mardhiah. kami sama lakar impian anak kecil, sama rasakan indahnya kejayaan.

seusai kejayaan, kami tongkah arus berbeza, harungi selautan ombak melangit. tetap arah tuju kami sama, untuk temukan Ya Rabb. hari ini, bidadari ini telah tenang di samping adam yang sah serta zuriat yang insyaAllah akan menyambung perjuangan sebuah agama.

aku terpanggil berkongsi satu karya bidadari ini. puisi beliau merupakan sisipan salah sebuah puisi dari antologi Wilayah Cinta serta tersiar di majalah Sastera.net, edisi pertama.

Andai Kau Mengerti

Usah disapa derita lama
Redup sirna senyum duka
Imbas layar bersama
Rabitah Hangat semalam
Tautan rindu mekar setaman.
Ukhti,
Tambatkan untukku kuda putih
Kenalkan Abrar padaku
Bawaku pergi bersama
Rindu salam agung dari Raudhah
Titipan cinta Habibullah
Sampaikan salamku salammu
Moga disambut mesra.
Ukhti,
Ingin saja kudakap temu
Kau pandang senyum sayu
Mari sini sayang
Ukhti, air mata ini gugur sudah
Kau cuba seka dengan jari rindu
Istighfar dulu
Munajat dulu.
Kata ukhti ku di sisi
Seiring bersama
Jangan kau tinggalku sendiri
Bawaku bersama
Dalam lara gelita
Kulihat ukhti dengan mata yang lain
Empangan ini pecah lagi
Sendu kaku bisu
Selindung kelam rahsia
Hujanku di sini
Megamu di sana
Andai kau mengerti

cinta itu ibadah yang akan membawa syurga bagi mereka yang mengikut syariat. teringat pesanan seorang; usah biarkan wajahmu basah dengan air mata, tapi basahkanlah wajahmu dengan air sembahyang. aku bisik pada Ya Rabb akan rindu, agar disapu derita lama.

terima kasih bidadari, kerana ingatkan aku pada cinta hakiki ini.

No comments:

Post a Comment