Followers

Friday, February 18, 2011

wahai lelaki.

kerana aku perempuanmu dahulu, dalam tiap tangan aku menadah lapang, akan pasti sisip sepotong doa buat kamu.
kerana aku perempuanmu dahulu, dalam tiap senyum aku mentari terang, akan aku sembunyi sakit silam gelap.
kerana aku perempuanmu dahulu, dalam tiap pandangan kosong aku lempar atas kamu, akan sebenarnya berjuta rasa kasih aku semat diam dalam hati.
kerana aku perempuanmu dahulu, dalam tiap lagu bertalu aku dengarkan, akan pasti tidak semerdu syair hikayat aku dendangkan buatmu.
kerana aku perempuanmu dahulu, dalam tiap amarah kecewa akan ditinggalkan, akan tetap takdir tuhan aku angkat tinggi antara kita.
hanya kerana aku perempuanmu dahulu...

wahai lelaki, hargailah hati tiap perempuan yang pernah pegang kenangan kamu, kerana walau tangannya luka perit akan regangnya tali, sedaya pasti sukar lepas tetap bertahan pada setia yang satu. hanya kerana dia perempuanmu dahulu...

No comments:

Post a Comment