"Saya akan lindungi awak sampai syurga. InsyaAllah."
Bila Tuhan dah temukan saya dengan jodoh saya yang sebenar, the first thing saya nak dia beritahu saya ialah ayat di atas ini.
Tapi nak menunggu ke bertemu itu, saya lah yang kena melindungi hati saya sendiri. Letih. Nak pulak kawan-kawan kat facebook ni suka betul semenjak dua menjak ni post lagu yang sama dekat wall mereka. Lagu yang ini. Saya pulak yang memang dalam lappy cuma ada koleksi lagu old school ni pun kelik la jugak link tersebut. Iyelah dah semua orang pun post lagu sama, curious jugak.
Dan hasilnya, rasa nak remove saja semua friends yang berkenaan kerana lagu ni tersangat sensitif okke. Amatlah sesungguhnya tidak sesuai sama sekali untuk didengari bagi mereka yang baru patah hati macam saya. Tsk tsk tsk. Tapi addictive betul lagu ni, serius cakap. T_T
Wahai hati, kuatlah menghadapi ujian. Ingatlah, semua yang pernah singgah dalam hati hanyalah pinjaman. Even hati kita sendiri adalah pinjaman. Sampai masa Tuhan pasti ambil semula sebab itu tak pernah jadi milik mutlak kita.
Ayuh ifa bersyukur cepat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment