harapan.
harapan adalah satu peristiwa aneh. harapan membuat manusia terus hidup, meniti dalam harum impian atas rapuhnya jalan. harapan juga mampu sahaja menjadi pembunuh kejam, meluka hiris atas kesan yang sama pada utuhnya waktu. aku itu anak harapan.
aku anak harapan ibu bapa. perjuang hebat dalam terang impian yang teramat tinggi. aku suka menjadi anak harapan. disayang, diagung, dibelai. terkadang aku penat berlari wujudkan impian. tetap tidak aku putus asa. aku yakin, sesudah aku tunai impian mereka, akan mereka tunai harapan hati aku yang paling dalam, untuk terbang tinggi pada kamu.
setelah bertahun aku berlari, aku sampai jua pada kamu. kamu itu harapan tertinggi aku. tapi dalam diam sepi kamu, aku tidak fahami. dalam ruang hati kamu adakah masih aku, aku tidak fahami. lalu aku hanya mampu fahami satu sahaja. untuk lepas sahaja harapan agung itu.
kisah kita seakan satu hikayat yang tertindih di masa silam. tertindih dengan beratnya beban waktu yang berlalu, berat pada beban kata-kata yang tergantung sunyi, berat pada beban rasa yang disimpan sepi, dan pemberat ini mengikut aku saban waktu. tiada tempat untuk aku sembunyi lenyap, kerana beban ini adalah harapan pada kamu dalam tiap nafas aku.
aneh. walau kini aku sedang lepas kamu perlahan, harapan itu masih berlagu perlahan. masih aku hidup atas harapan anak kecil dahulu. benar bukan kata aku. harapan itu aneh. sukar dipadam walau telah dibasuh air mata bertalu...
No comments:
Post a Comment