Followers

Friday, February 18, 2011

percaya seorang ibu.

percaya tidak andai aku kata ibu itu tahu segala?

jarang sekali ibu bertanya aku berulang pada soalan yang serupa. semua jawap balas aku akan selalu ibu terima segala. tidak pernah meragui akan aku anak baik kata ibu. tapi sebentar tadi, ibu menghubungi maklumkan duit sudah dimasukkan ke akaun. entahlah, sejak aku di universiti malaya ini, sejujurnya aku belum pernah keluar duit di atm. makan sekali sehari, apalah sangat nak guna duit bukan. dengan masalah yang datang bertimpa, selera makan pun terencat sama.

namun sewaktu sebelum dia akhiri bicara, sempat ibu soal bertalu. cukup lembut tapi cukup mampu aku dengar gusar dari suara. ada masalahkah? tanya ibu itu berulang. aku hairan. suara aku tiap kali bicara dengan seorang ibu cukup aku jaga riangnya, pelihara sukanya, sembunyi tiap duka dalam. lalu bagaimana ibu tahu?

tetap aku kata pada ibu aku baik sihat dan tiada pernah masalah lewati anak ini. ibu percaya aku, anak sayang itu. namun sejurus suara ibu hilang, belum sempat telefon lerai dari jari genggaman, air mata laju mencurah. sungguh aku sakit ibu. anak kuat kamu kian lemah, anak baik kata kamu ini makin hilang harapan, terlalu keras mahu merebut hak Tuhan. hanya tahu terumbang-ambing antara masa kini dan silam.

aku bersumpah, kata-kata ini tidak akan pernah ibu dengar dari aku. biar aku kekal di fikiran ibu akan akulah anak kuat itu, biar aku jadi mimpi baik ibu yang menenangkan tidur malamnya, biar ibu dakap aku dalam sempurna bahagia seorang anak taat. akan selama aku lindungi percaya ibu.

ibu, tahukah kamu anak ini kian buntu untuk hilangkan sebuah rindu pada titik kenangan akan agungnya kasih seorang lelaki?

No comments:

Post a Comment