Followers

Saturday, May 7, 2011

sepertinya senja memadam gelap I.

Hari ini hari minggu. Gadis itu bangun lebih awal dari biasa, berseluar khaki dan kemeja petak merah menyaluti t-shirt di dalam. Menyarung sepatu Adidas dan menyilang beg di bahu. Kakak kehairanan melihatnya. 'Eh dah ada kereta pun nak jalan kaki lagi?'

Gadis itu sekadar tersenyum. Menapak berjalan pada pagi minggu menuju ke hentian bas. Tak perlu lama menanti, seperti biasa bas Bee Huat itu akan lalu pada jam 0830 pagi. 'Ada juga perkara yang tak berubah,' bisiknya.

Di dalam bas, gadis itu terus duduk di tempat yang biasa dia duduki ketika sekolah dahulu. Kali terakhir dia menaiki bas ini ialah ketika hari mengambil keputusan peperiksaan SPM dahulu. Kira enam tahun sudah berlalu. Dia sendiri tidak pernah terfikir akan menaiki bas ini lagi. 'Tapi sekali ini sahaja', bisiknya. 'Ini untuk terakhir kali.'

Dia perlu lalui semua ini kembali untuk terakhir kali sebelum dia meluput tiap satu darinya. Bas ini tetap sama, dengan pakcik driver yang sama itu, konduktor bas abang rambut panjang ini, beserta kerusi keras kelabu. Yang berbeda hanyalah dia. Dahulu berdua, kini sendiri.

Dahulu di kerusi inilah gadis itu saban hari duduk bersebelahan si adam itu. Sampai bingit telinga mendengar tiap satu cerita adam yang seakan tak habis. Mujurlah adam itu turun dahulu sebelumnya. Yang aneh setiap kali turun, si adam takkan terus berjalan pulang.

Sebaliknya menunggu di tepi bas sehingga gadis itu memandangnya dari dalam bas. Dan setelah lambaiannya dibalas gadis itu, barulah si adam beransur pulang. Ironi sungguh, fikir gadis itu. Walau ketika itu hujan sekalipun, si adam ini tetap akan berdiri di situ hingga gadis itu memandangnya kembali.

Dan di atas bas ini juga, si adam itu telah berebut tempat dengan seorang pelajar perempuan hanya kerana budak junior ini telah duduk di sebelah gadis itu kerana menurutnya tempat itu hanya dia yang punya, hanya dia yang boleh duduk di sebelah gadis itu.

Dan walau ada banyak lagi tempat kosong, si adam ini akan buat psycho dengan berdiri di sebelah kerusi junior ini sehinggalah budak ini mengalah dan bangun. Sangat childish, bukan? Di ketika yang lain pula, si adam ini dengan selamba tiada akal menujukan lagu di corong radio untuk gadis itu. Tapi sentiasa lagu yang sama, si gadis tak pernah faham. Lagu Spider 'Relaku Pujuk'. Balik-balik lagu itu juga.

Dan ketika bas ini meluncur laju pada hari ini, meninggalkan kisah lalu, si gadis mengalir air mata perlahan di pipi. 'Kisah-kisah indah ini akan kupadam perlahan, sepertinya senja memadam gelap...'

Bersambung...

No comments:

Post a Comment