biasan pelangi dalam tenang warnanya mula hadir sedikit demi sedikit. namun sayang sekali bila kita takut untuk memandangnya, takut kiranya pelangi itu hanya sebentar dan hujan kelmarin kembali turun.
kita begitu takut untuk mendakap bahagia yang tenang kerana kita tahu bila-bila masa sahaja, rindu semalam akan merenggut rasa itu dan akhirnya kita yang terpaksa melerai genggaman perlahan-lahan, merelakan kenangan yang sama menyapa bak semilir angin senja, sejuk mencengkam ke tulang putih.
kita yang takut untuk bahagia kerana kebahagiaan itu pakejnya bersama harapan. dan tiada siapa yang lebih arif akan kemusnahan yang tinggal selepas punahnya harapan melainkan manusia itu sendiri yang pernah merasai satu kehilangan.
lalu mampukah kita bangun menyambut huluran bahagia itu sedang kita masih terkesan pada kehilangan masa lalu?
harus kita ingat, bahawa kita jiwa yang baik, kita jiwa yang rindu, cuma kita keliru. usah lupa ini adalah kita. kita semua sama, kerana kita manusia. dan setelah semua yang terjadi, fahami yang ini:
cinta itu fitrah. kita tidak boleh sembunyi mahupun memaksanya pergi. ia pasti akan hadir sendiri, pasti. usah dilawan, tapi jangan pula dilayan, kerana kita tidak tahu siapa jodoh kita. jika dilayan, tapi kelak itu ternyata bukan jodoh kita, pasti kita membandingkan jodoh tetapan tuhan dengan kekasih lama. tidak adil bukan? bagaimana mahu bahagia begitu?
lalu kerana cinta itu fitrah, kita harus mengawalnya dan memeliharanya. kita semua mahu bahagia. tiada siapa yang mahu derita.
No comments:
Post a Comment