Followers
Friday, October 22, 2010
tak semua ombak menemui pantai (1).
saya tak suka main pantai. kamu pelik? tak perlu. di sini ingin saya nyatakan bahawa saya tidaklah seputih diana danielle maupon sofia jane. takat jaclyn victor boleh la saya lawan. and no i have nothing against her, that was just an understatement. in fact, i admire her husky voice, ala-ala rani mukherji. siapa rase dia tak kenal rani mukherji, sila google. dia sgt cantek ok. crap, dah start mengarut. asal blogging je, mengarut. asal mengarut je, blogging. takpe, ni blog saya. janji saya suke hati. baik, balik ke pantai. iya saya tak putih cam snow white walau dah bergelen krim pemutih saya pakai. maybe it's God's sign to tell me that appearance doesn't matter, it's the heart that really counts. saya cukup arif akan sign ini tapi buat2 tak nampak. still nak kejar world's beauty more than the hereafter's. moga someday akan dibuka pintu hati saya untuk benar2 beriman dgn hati, lisan dan perbuatan. ameen. dan sebab saya tidak putihlah maka saya tak suka main pantai. nanti gelap, tak cantik. sekarang pun takde boyfriend, nanti gelap lagi takde boyfriend. agaknya syaitan memang suke bisik dekat saya sebab saya rajin dengar cakap makhluk dilaknat Allah itu. tapi dengar je la, takde la ikut sangat pun. kadang2 je. :p
tapi ade satu lagi sebab kenapa saya tak suka pantai. sebab ombaknya. bila dah jalan2 kena lipat seluar takut basah. leceh mengalahkan mak andam. bila dah lipat tu, tentu la pula nampak aurat, betul kan? saya tak suka ombak. bila dia sampai ke pantai, kene pandai mengelak, lompat sana sini. baru2 ini, saya ke pantai, setelah sekian lama tak jejak pasir putih. rasa best pun ade. wah adakah saya sudah tak kesah jadi gelap? heheh. tapi saya masih waras. duduk di bawah pohon2 sudah, tak perlu main air dan membasahkan seluar serta mendosakan diri.
saya suka lihat ombak. bertambah pelik ye? saya memang tak suka main ombak tapi cukup suka melihatnya. kdg2 dari jauh nmpak cam besar gedabak ombaknye, dah smpai pantai, kecik je rupenya. dan antara ombak2 yang berkejar ke pantai itu, akan pasti ada yang tidak menemui pantainya. saya pun akan tertanya2, apa yg terjadi pada ombak tersebut? lemaskah dia? atau sedih ditinggalkan di lautan? mungkin sahaja pantai itu kelihatan sangat dekat buat si ombak, tapi terlalu kuat angin yang menolak laluannya dan akhirnya mungkin dia tewas. atau sengaja tewas? atau mungkin juga dia akur dengan qada' dan qadar Tuhan yang mana tak semua ombak menemui pantai. mungkin juga dengan memberi laluan kepada angin, dia fikir dia akan lebih bahagia. tentu sahaja angin yang bertiup itu perlu difikirkan, perlu diletakkan dahulu sebelum dirinya. dan walau rindunya dia sekalipun kepada pantai, dia hanya mampu melihat dari kejauhan. berada di laut mungkin adalah yang terbaik buat dirinya. di saat itu, di tengah2 lautan, di antara deruan angin, ombak mula berdoa;
"Ya Allah, Tuhan yang amat mengetahui akan perkara2 ghaib. jika Engkau mengetahui bahawa pilihan ini baik bagiku, buat agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka temukanlah aku dengan pantaiku, maka berikanlah dia padaku, dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berkatilah dia kepadaku. tapi jika dia bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah aku dari pantaiku, biarlah aku tidak menemui pantaiku, kerana dia yang akan terluka setiap kali aku bergelora. Amin ya Rab."
barangkali hari ini juga, sama seperti sebelumnya, ombak itu masih lagi menitipkan doa yang sama. telah bertahun dia tinggalkan pantainya demi angin yang telah mengasuhnya mengenal pantai. kata angin, banyak lagi pantai lain yang boleh kamu temui. barangkali angin tidak tahu, seribu pantai sekalipun si ombak temui, takkan sama dengan pantai pertama yang dia kenali; yang setia menemaninya tiap kali terbit dan terbenamnya matahari, dan yang mengajarnya merasai bahawa embun laut itu ada nyamannya meskipun dingin. tapi tak mengapa, angin itu adalah nadi hidupnya, yang mengemudi haluannya selama ini. mana mungkin dia sanggup melukakan dan menentang angin itu dengan arus yang deras. dan pantai itu pula mungkin hanya satu hentian, yang mana mereka ditakdirkan untuk mengenali, ditakdirkan untuk menyayangi dengan hebatnya, tapi tidak ditakdirkan untuk bersatu. sesungguhnya, sayang yang lebih abadi adalah sayang kepadaNya. dan jika benar Dia menyayangi ombak itu, akan ditemukannya dengan pantai yang lebih indah dan nyaman. dan jika tidak ditemukannya ombak itu dengan mana2 pantai, maka benarlah...
tak semua ombak menemui pantai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment