Athazagoraphobia: An exaggerated or intense fear of being forgotten, ignored, or replaced. The person having this phobia may experience depression, anger, and deliberate isolation even with a small thought of being forgotten or ignored.
Source: Here
It's a scary feeling, being an athazagoraphobic. You would constantly wonder and endlessly doubt everything, and worse - everyone. Messages not being replied, calls unanswered, facebook comments unattended to, small friends gathering only known after it was over.
You would find yourself worrying over small things, racking that already chaotic brain to explain itself. And you would keep convincing yourself that you are not being forgotten, that you are not being ignored, and you are definitely not being replaced. That you are irreplaceable. That's what you want to believe.
Then you would start off your day with these coherent thoughts, happily doing your everyday routines. The thoughts that their phone was probably out of battery, or that their mobile was in a silent mode. Or they must have logged out of facebook and just that the gathering was really unplanned. You would believe these more than anyone, not because they are believable, but because you have to. Or else you break.
And right after you turned off the light and close your eyes to sleep, thinking that, yes they didn't do it on purpose, you would find there's a tiny teeny voice with heart as cold as ice which said,
"You are replaceable."
And the last sound you heard before you went to sleep would be your own heart shattering. And then it went completely silent.
It's almost as if someone is telling you,
"You've been replaced, thank you for your service."
It's a scary feeling, being an athazagoraphobic
Followers
Sunday, June 26, 2011
Friday, June 24, 2011
tentang mereka.
Ehem ehem. Musim itu telah tiba lagi. Musim 'menambahkan-berat-badan-tanpa-mengeluarkan-sesen-pun-duit-mak-ayah-anda-dengan-hanya-menghadiri-kenduri-kahwin.' Oh menulis pun dah cukup teruja macam saya pula nak kawin. Eh? Masa ini lah kau nak mengaku kawan segera biarpun masa sekolah kau ingat dia anak makcik kantin sedangkan dia budak kelas sebelah saja. Heh biasalah orang melayu, kalau nama makan percuma, mengaku sedara pun sanggup. Hehe. Tapi saya tak. Saya baik.
Tapi dalam gembira itu, ada lah sebak juga. Sedih nombor satu: Iyalah dulu nak lepak dengan kawan, minta izin mak ayah dia saja. Dan bak kata kawan saya, muka saya ini ibarat dilindungi malaikat, kalau buat jahat confirm orang tak percaya. Heh maka setakat minta keluar itu, lampu hijau saja memanjang. Tapi sekarang saya dah kena confront laki dia. Choi! Bukanlah saya takut dengan laki mereka. Tak. Saya cuma takut laki mereka suka kat saya pula. Hahah. Ok tak kelakar. Nanti tak ada siapa nak jemput saya pergi kenduri takut laki kena kebas.
Sedih nombor dua pula ialah bila saya tengok pelamin, saya pun rasa nak bersanding juga. Tengok hantaran Cerruti, Guess, dan LV! Ya, saya pun dengan tak malunya nak juga. Mahu rasa kalau iman tak cukup, saya culik satu hantaran. Yang mana pun saya tak kisah, asal bukan sirih junjung. Tapi apakan daya, belajar pun tak habis lagi. Dan paling penting, calon pun tak sampai-sampai lagi. Jauh betul nak sampai rumah saya, guna jalan air ke bang? Eh cakap macam dah ada saja. Haha. Dapat pula adik jenis kurang beradap sopan macam kakak dia yang baik ini. Kena sebiji adik saya tanya, 'Eh kau dah 23 kan? Gila tuaa...' Inikah balasan yang dia berikan setelah saya penat lelah mengajar dia erti sabar semasa kecil dengan menolaknya jatuh sebab dia dapat coklat lagi mahal dari saya. Tsk tsk.
Sedih nombor tiga ialah berita yang tak berapa indah saya dengar. Seorang kawan saya putus tunang sudah. Sedih bangat dong. Saya yang tak ada kena mengena ini pun rasa macam nak menangis masa dia buat luahan perasaan. Kau bayang (saya serius, sila bayang bebetul), mereka bercinta dari sekolah rendah. Sekolah RENDAH. SEKOLAH RENDAH. Apakah? Saya sekolah rendah cuma tahu main batu seremban pastu pakai tudung letak plastik dekat depan konon nak bagi nampak bulat. Sekarang saya tengok balik gambar sekolah rendah dah macam doraemon pun ada. Nak bercinta time itu? Tak payahhh. Perfume pun tak kenal. Tapi mereka advance. Sudah bercinta. Pfft. Err maksud saya, saya yang lambat matured heh. Maka dengan itu, saya terkejut dengan berita ini. Kecewa kan puluh tahun bercinta. Saya yang bercinta tak lama macam itu pun tersembam tertikam tersedu nak bangun balik. Eceh suka exaggerate.
Masalahnya, saya rasa benda ini jadi susah sebab kita tak tahu siapa sebenarnya yang Tuhan tuliskan sebagai jodoh kita masa kita dah duduk enam bulan dalam perut dulu. Dan sebab kita takkan tahulah kita selalu salah. Saya doakan rakan saya ini dapat bangun kembali. Susah nak bangun, betul saya tak tipu. Tapi ia jua bukanlah suatu yang mustahil. Mari nyanyi sedikit lagu Kotak mari '...bila berat melupakan aku, pelan-pelan saja...' Yes, take it slow. Nak laju-laju pun tak guna juga. Kalau paksa tak baik juga hati itu. Ingatlah, Tuhan turunkan ujian pada manusia dalam pelbagai bentuk. Musibah mahupun nikmat, dua-dua adalah ujian. Ujian kesabaran dan kesyukuran. Dan sebab manusia ini cenderung mencintai duniawi, maka ujian cinta itu datangnya dalam bentuk cinta kebendaan, cinta pada kuasa, mahupun cinta manusia. Oh tak sia-sia tengok TV Al-Hijrah. Ngehngeh.
Akhir kata (eceh nak jugak akhir kata, bajet rancangan 'Selami Jiwa'.), cinta itu adalah ibadah yang akan membawa syurga bagi yang benar-benar beriman. Saya juga pernah diuji cinta manusia ini, jadi tak adalah nak kata saya lulus dengan jayanya sampai dapat sepuluh bintang. Tapi Alhamdulillah, it's getting much better. Kau tak boleh lari dari rasa nak menyesal pada mulanya. But lama-lama kau kena hadirkan kekuatan untuk tukarkan penyesalan itu menjadi hikmah. Janji Tuhan itu pasti, InsyaAllah.
"...Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..." - Rnysa

Sunday, May 29, 2011
yang berubah.
Putus cinta, atau kasih, atau yang sewaktu dengannya sebenarnya adalah perkara biasa. Tanyalah mana-mana manusia yang hatinya pernah diisi dengan rasa yang pekat mengalir itu, biar mereka telah sembuh dan menemukan cinta yang lain, ada sesuatu dalam diri mereka yang telah berubah sebenarnya. Selalu ada sesuatu.
Yang luar biasa adalah siapa mereka setelah lerainya kisah silam antara mereka. Apa yang berubah setelah mereka jatuh terjelupuk dan terpaksa bertarung dengan diri sendiri; antara keinginan sendiri dan ketentuan takdir. Dan siapa mereka setelah pertarungan ini tamat bergantung kepada kuatnya hati mereka belajar melepaskan juga menerima.
Apa yang berubah dalam diri mereka sebenarnya? Ia seakan melihat tenang pelangi petang dan dalam masa yang sama cukup mengerti bahawa pelangi itu akan hilang jua nanti. Seperti menatap bunga api pada setiap tahun baru, cahaya apinya cukup terang membakar, tapi juga terlalu cepat hilang di langit. Inilah yang berubah dalam mereka. Iaitu kesediaan dan kesedaran bahawa usah terlalu mencintai kerana boleh jadi damainya dia akan cinta kita hanya sementara, bukan untuk kita pegang hatinya selama. Pengalaman sakit itulah yang merubah sekeping hati mereka.
Putus cinta perkara biasa bagi manusia. Yang luar biasa adalah perkara yang mereka lakukan untuk terus hidup walau hakikatnya mereka pernah mati.
Masih hidupkah kamu? Saya masih. Dan kerana itu saya bahagia.
Nota:
# Sedang menambah berat badan. Saya perlukan lima kilo, doktor yang cakap bukan saya.
# Praktis drive Gen-2. Nak tunggu Cik Kakak Pensyarah bawak balik Viva memang mimpilah.
# Tetap berasa cinta itu pelik. Ia memilih untuk sembunyi seketika dan keluar tiba-tiba. Lain kali kalau rasa nak menetap, menetaplah terus. Kalau rasa nak pergi, janganlah kembali. Ni tidak, main sembunyi pulak. Tampar nak? Hehe.

Thursday, May 19, 2011
my sister's keeper.
Adik perempuan saya seorang jururawat.
Maksud saya, bakal. Dia baru sahaja tamat SPM dan memilih bidang kejururawatan di sebuah universiti swasta. Kenapa saya terkejut? Sebab saya selalu beranggapan dia akan mengikut langkah saya mengambil TESL. Dahulu dia ini cukup minat dengan bahasa asing ini dan sering mendapat markah tertinggi untuk subjek ini.
Tapi hari ini dia memilih bidang yang langsung tak pernah disebut-sebut beliau. Mak pun mulalah bising, jadi cikgu kan senang, dapat kerja terus, subjek english itu pun kamu pandai kan. Adik buat muka seposen. Setelah puas diinterbiu akhirnya adik cerita sebab mengapa tak mahu ambil TESL yang pernah dia sebut-sebut.
Kerana saya.
Kerana dia tak mahu menjadi seperti saya. Ini kata-kata dia pada ibu. Dia tak mahu menghabiskan hidupnya seperti saya. Rupa-rupanya bertahun ini dia meneliti, memerhati tiap kelakuan saya bergelar pelajar TESL. Hanya pulang ke rumah empat kali setahun. Cuti mid sem dan final sem. Weekend tak pernah balik, study leave pun tak pernah.
Katanya saya sudah tak keluar dengan rakan-rakan lagi. Ambil TESL itu menyesakkan, membebankan. Terlalu banyak kerja mungkin fikirnya. Dia tak mahu hidupnya terasing seperti saya. Saya hanya ketawa.
Kerana adik itu tak tahu, saya menyibukkan diri bukan kerana kerja yang bertimbun. Kerana saya perlu belajar lupa pada kenangan. Dan setelah bertahun baru saya sedar kenangan itu takkan boleh dilupa, melainkan kalau saya hilang ingatan.
Adik cakap dia mahu menjadi jururawat sebab nak kahwin dengan doktor di hospital. Saya beritahu dia, jangan jatuh cinta dengan penjaga stor hospital sudah lah. Kerja di hospital juga tu.

Monday, May 16, 2011
awan.
Suatu hari.
Kamu akan berlalu.
Seperti awan.
Suatu hari.
Kamu akan berlalu.
Seperti awan.
Suatu hari.
Saturday, May 14, 2011
life sentence.
Kamu sering terburu. Saya sering berfikir. Dengan ini, kita akan selalu melukai, dan akhirnya terluka sendiri.
Jangan pernah temukan saya bila saya hilang lagi. Andai kamu lihat saya, pejamkan mata. Anggap saya tiada di situ, anggap saja saya sudah mati. Terus berlalu dan biar yang lain sahaja menemukan saya.
Ini hukuman untuk kita berdua.

find me.
Kadangkala kita perlu menjadi hilang sebelum kita boleh dijumpai.
Kita telah hilang. Untuk satu waktu panjang, kita telah hilang. Tahun-tahun melewati dan kita tersesat di belakang. Di setiap wajah ramah yang baru, kita mencari wajah beku yang lama.
Kita tak berdaya berterus-terang, juga tak berdaya mentafsir. Lalu saya memilih jalan sunyi tak berpenghuni dalam penantian dan kamu memilih jalan sibuk melata mencari mengisi sepi.
Kamu lelaki tergesa mesti terburu meluput sunyi. Kerana itu kamu tersadung langkah bertahun di samping orang bukan kesayangan.
Saya perempuan degil mesti mahu kasih berbondong. Kerana ini saya tertindih di muka surat pertama sedang ceritanya sudah beratus helai ditulis.
Ada satu kisah baru terbongkar hari ini. Tentang kamu yang dungu memperjudi kasih seakan pelabuhan. Tentang hati orang bukan kesayangan yang kamu tinggalkan. Kamu yang cemerkap mencuba meluput kasih pada saya dengan cara kejam.
Andai saya mampu bercerita, seluruh dunia takkan percaya.
Saya mahu hilang sekali lagi, supaya saya akan ditemui oleh orang yang tepat.
Jalan Pilihan Kita
Jalan yang kupilih ini
berbeda daripada jalan pilihanmu
anehnya kita sering bertemu
di jalan bukan pilihan kita
aku mengelana di lumpur perasaan
di jalan sunyi tanpa sempadan
aku mengelana di kerikil ilmu
ditemani akal menderu
ku melangkah berulam riang
di jalan yang tak punya perasaan
kau sibuk mengurus hiruk pikuk
hidup yang tak terselesaikan
kau tak pernah mengerti
jalan sunyi yang kupilih
seperti aku tak pernah mengerti
jalan sibuk pilihanmu
jalan yang kupilih ini
tak mungkin menemukan kita
seperti kita tak mungkin bertemu
di jalan pilihanmu.
T. Alias Taib
Petang Condong.

Subscribe to:
Posts (Atom)