Followers

Friday, June 24, 2011

tentang mereka.

Ehem ehem. Musim itu telah tiba lagi. Musim 'menambahkan-berat-badan-tanpa-mengeluarkan-sesen-pun-duit-mak-ayah-anda-dengan-hanya-menghadiri-kenduri-kahwin.' Oh menulis pun dah cukup teruja macam saya pula nak kawin. Eh? Masa ini lah kau nak mengaku kawan segera biarpun masa sekolah kau ingat dia anak makcik kantin sedangkan dia budak kelas sebelah saja. Heh biasalah orang melayu, kalau nama makan percuma, mengaku sedara pun sanggup. Hehe. Tapi saya tak. Saya baik.

Tapi dalam gembira itu, ada lah sebak juga. Sedih nombor satu: Iyalah dulu nak lepak dengan kawan, minta izin mak ayah dia saja. Dan bak kata kawan saya, muka saya ini ibarat dilindungi malaikat, kalau buat jahat confirm orang tak percaya. Heh maka setakat minta keluar itu, lampu hijau saja memanjang. Tapi sekarang saya dah kena confront laki dia. Choi! Bukanlah saya takut dengan laki mereka. Tak. Saya cuma takut laki mereka suka kat saya pula. Hahah. Ok tak kelakar. Nanti tak ada siapa nak jemput saya pergi kenduri takut laki kena kebas.

Sedih nombor dua pula ialah bila saya tengok pelamin, saya pun rasa nak bersanding juga. Tengok hantaran Cerruti, Guess, dan LV! Ya, saya pun dengan tak malunya nak juga. Mahu rasa kalau iman tak cukup, saya culik satu hantaran. Yang mana pun saya tak kisah, asal bukan sirih junjung. Tapi apakan daya, belajar pun tak habis lagi. Dan paling penting, calon pun tak sampai-sampai lagi. Jauh betul nak sampai rumah saya, guna jalan air ke bang? Eh cakap macam dah ada saja. Haha. Dapat pula adik jenis kurang beradap sopan macam kakak dia yang baik ini. Kena sebiji adik saya tanya, 'Eh kau dah 23 kan? Gila tuaa...' Inikah balasan yang dia berikan setelah saya penat lelah mengajar dia erti sabar semasa kecil dengan menolaknya jatuh sebab dia dapat coklat lagi mahal dari saya. Tsk tsk.

Sedih nombor tiga ialah berita yang tak berapa indah saya dengar. Seorang kawan saya putus tunang sudah. Sedih bangat dong. Saya yang tak ada kena mengena ini pun rasa macam nak menangis masa dia buat luahan perasaan. Kau bayang (saya serius, sila bayang bebetul), mereka bercinta dari sekolah rendah. Sekolah RENDAH. SEKOLAH RENDAH. Apakah? Saya sekolah rendah cuma tahu main batu seremban pastu pakai tudung letak plastik dekat depan konon nak bagi nampak bulat. Sekarang saya tengok balik gambar sekolah rendah dah macam doraemon pun ada. Nak bercinta time itu? Tak payahhh. Perfume pun tak kenal. Tapi mereka advance. Sudah bercinta. Pfft. Err maksud saya, saya yang lambat matured heh. Maka dengan itu, saya terkejut dengan berita ini. Kecewa kan puluh tahun bercinta. Saya yang bercinta tak lama macam itu pun tersembam tertikam tersedu nak bangun balik. Eceh suka exaggerate.

Masalahnya, saya rasa benda ini jadi susah sebab kita tak tahu siapa sebenarnya yang Tuhan tuliskan sebagai jodoh kita masa kita dah duduk enam bulan dalam perut dulu. Dan sebab kita takkan tahulah kita selalu salah. Saya doakan rakan saya ini dapat bangun kembali. Susah nak bangun, betul saya tak tipu. Tapi ia jua bukanlah suatu yang mustahil. Mari nyanyi sedikit lagu Kotak mari '...bila berat melupakan aku, pelan-pelan saja...' Yes, take it slow. Nak laju-laju pun tak guna juga. Kalau paksa tak baik juga hati itu. Ingatlah, Tuhan turunkan ujian pada manusia dalam pelbagai bentuk. Musibah mahupun nikmat, dua-dua adalah ujian. Ujian kesabaran dan kesyukuran. Dan sebab manusia ini cenderung mencintai duniawi, maka ujian cinta itu datangnya dalam bentuk cinta kebendaan, cinta pada kuasa, mahupun cinta manusia. Oh tak sia-sia tengok TV Al-Hijrah. Ngehngeh.

Akhir kata (eceh nak jugak akhir kata, bajet rancangan 'Selami Jiwa'.), cinta itu adalah ibadah yang akan membawa syurga bagi yang benar-benar beriman. Saya juga pernah diuji cinta manusia ini, jadi tak adalah nak kata saya lulus dengan jayanya sampai dapat sepuluh bintang. Tapi Alhamdulillah, it's getting much better. Kau tak boleh lari dari rasa nak menyesal pada mulanya. But lama-lama kau kena hadirkan kekuatan untuk tukarkan penyesalan itu menjadi hikmah. Janji Tuhan itu pasti, InsyaAllah.

"...Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..." - Rnysa

No comments:

Post a Comment