Followers

Friday, January 14, 2011

let it be worthwhile.

telah banyak ibu ayah korban tenaga untuk aku.

aku juga telah banyak berkorban kasih untuk mereka.

kamu juga telah banyak berkorban derita untuk aku.

sesungguhnya, kita semua telah terlalu banyak menghabis masa berkorban untuk satu sama lain. lalu pada waktu akhirnya andai kita semua tidak bahagia, tentu sia-sia bukan.

maka kita akan bahagia. walau dengan siapa pun.

Sunday, January 9, 2011

puisi bidadari.


assalamualaikum wbt.

pada usia mentah sebelas tahun itu, Allah temukan aku dengan seorang bidadari. dia seakan bidadari tercantik di syurga. kerana itu namanya Ainaa Mardhiah. kami sama lakar impian anak kecil, sama rasakan indahnya kejayaan.

seusai kejayaan, kami tongkah arus berbeza, harungi selautan ombak melangit. tetap arah tuju kami sama, untuk temukan Ya Rabb. hari ini, bidadari ini telah tenang di samping adam yang sah serta zuriat yang insyaAllah akan menyambung perjuangan sebuah agama.

aku terpanggil berkongsi satu karya bidadari ini. puisi beliau merupakan sisipan salah sebuah puisi dari antologi Wilayah Cinta serta tersiar di majalah Sastera.net, edisi pertama.

Andai Kau Mengerti

Usah disapa derita lama
Redup sirna senyum duka
Imbas layar bersama
Rabitah Hangat semalam
Tautan rindu mekar setaman.
Ukhti,
Tambatkan untukku kuda putih
Kenalkan Abrar padaku
Bawaku pergi bersama
Rindu salam agung dari Raudhah
Titipan cinta Habibullah
Sampaikan salamku salammu
Moga disambut mesra.
Ukhti,
Ingin saja kudakap temu
Kau pandang senyum sayu
Mari sini sayang
Ukhti, air mata ini gugur sudah
Kau cuba seka dengan jari rindu
Istighfar dulu
Munajat dulu.
Kata ukhti ku di sisi
Seiring bersama
Jangan kau tinggalku sendiri
Bawaku bersama
Dalam lara gelita
Kulihat ukhti dengan mata yang lain
Empangan ini pecah lagi
Sendu kaku bisu
Selindung kelam rahsia
Hujanku di sini
Megamu di sana
Andai kau mengerti

cinta itu ibadah yang akan membawa syurga bagi mereka yang mengikut syariat. teringat pesanan seorang; usah biarkan wajahmu basah dengan air mata, tapi basahkanlah wajahmu dengan air sembahyang. aku bisik pada Ya Rabb akan rindu, agar disapu derita lama.

terima kasih bidadari, kerana ingatkan aku pada cinta hakiki ini.

translation of words.

it's the evening breeze yet again. making the hairs on my back stand upright, goosebumps all over. as always i tell myself that my body cannot stand the cold. as always. but each time knowing that it wasn't the cold. far from it. it's sausade. always have.

i wonder. if i would end up in that faltered state, when that day would come. so i sit quietly, solemnly, in an intense soliloquy to god. praying, hoping, wishing that i won't be one of those muslimahs with momma ko ene. i pray to Allah The Most Merciful, to listen to this distant cry.

the memories are flooding fast, like a broken dam, releasing years of pain and heartache. i wonder if the dam were fixable. because right now the images were playing in my head, like a record jammed of rust and dirt. that memory. that first moment of mamihlapinatapei, that moment when i knew that you were the one. i remembered, it was a frightening moment to meet someone you knew you'd love forever.

katahara itai - the only thing i want to hold close. and if i could, i'd wrap the loneliness tight and send it into the sky. for the angels to change it and send it back down as happiness.

so that perhaps i won't be just another attaccabottoni.

kiranya aku tahu.

assalamualaikum wbt.

kiranya mata kamu menatap tulisan kali ini, berkatalah benar pada aku. ada masanya aku tidak fikir akan tiap perbuatan, kata-kata disusun mahupun kebisuan aku memalit derita luka yang kau pendam. aku tidak tahu itu.

hadirnya seorang bidadari indah ainul mardhiah lewat ini, berkata padaku dengan haruman hati syurga itu. kata bidadari kecil ini,

"aku bahagia untukmu, untuk tiap kejayaan yang kau genggam hari ini. tapi terkadang aku rasa disisih hebat, jauh dipinggir oleh kamu. sedarkah kau bahawa kau dianugerahi dengan kecekalan yang bisa buat kau kekal berada di puncak yang kau mahu, tak terbuai bak lalang, tak terhakis bak tanah. tapi kerana anugerah itulah, kau tidak benarkan kami singgah di hatimu, membiarkan kami berpanas di luar."

bicara sang bidadari lagi,

"bertahun kau mengejar impian seluas pantai harapan, terus lupa akan kami mahupun si adam yang menanti di pesisir ditemani buih putih. lalu kami hampa mengharap, rindu adam itu kian pudar, rayuan adam itu kian sunyi, apatah lagi kasih adam itu kian hilang. justeru dia hentikan harapan untukmu kembali. demi tuhan, kami jadi saksi akan tiap derita hebat adam telan dahulu."

hari ini barulah aku bisa terjemahkan pandangan kosong mereka. telah mereka berhenti menanti aku membuka pintu hidupku yang satu. meski hari ini aku buka pintu itu seluas terang mentari, walau kini aku alukan mereka dengan dakapan damai untuk sebuah ukhuwah, tidak kan pernah mereka melangkah masuk. di saat itulah aku tahu aku telah hilang mereka.

kiranya aku tahu mereka tegar mengetuk pintu itu dahulu. kiranya aku bisa dengar rintihan belas itu dahulu. kiranya aku lihat akan harapan agung itu dahulu. akan hampir pasti aku buka pintu itu menatap indah tenang wajah-wajah yang pernah sentuh hati aku. kiranya aku tahu.

sebelum bidadari itu beredar, dia berpaling dan akhiri bicaranya,

"kerana anugerah itu juga, kau kehilangan adam yang kau sayangi. adam kamu waktu itu habis luluh menagih janji yang kau semat tinggi padanya. menanti kau membuka pintu yang kau kunci rapat."

kiranya aku tahu.

"You always had tunnel vision. You could just block everything out and write. You blocked us out."

Saturday, January 8, 2011

jujur pada diri.

assalamualaikum wbt.

rasa aku semua cukup maklum aku ni baru setahun epal berblog dengan jayanya. hoho berjayakah? ha iyelah. kalau aku tak yakin dengan diri, orang lain lagi lah kan. tapi disebabkan aku baru belajar somersault  bertatih, maka tak pernah lagi aku terfikir memberi tips menulis blog. ini kerana bilangan follower aku pun kalau nak buat slumber party memang tak cukup, apatah lagi nak main bola sepak. main masak-masak mungkin boleh.

tapi ada pula yang tanya aku apa rahsia aku menulis blog dengan baik. baik kah? crap. terharu lah aku macam ni. sebenarnya tips menulis blog ni kamu boleh jumpa banyak di kalangan bloggers malaysia seperti di blog abang smart ini. tapi aku takkan sentuh soal teknikal nih sebab aku dah terror lah see-oat sendiri adalah noob. maka akan aku jawab dengan apa ada dalam hati.

bagi aku, rahsia menulis blog ni cukup senang. syaratnya hanya satu. kau harus punya hati. ha ada tak? ada tak? kalau tak sure pergi klinik suruh doktor check pakai steteskop. dan kalau kau ada ini, maka kau akan bisa lahirkan karya agung. tak perlu agung di mata semua, cukup pada diri kamu.

dan yang penting, kamu tulislah apa yang kamu tahu, segala rasa dalam hati kau selam hebat, pintalkan rasa itu menjadi bait-bait kata yang kau lakar di laman itu. seorang pernah kata pada aku, write what you know. maka janganlah kau menulis tentang perkara yang kamu sendiri tidak pasti seperti hikayat merong mahawangsa ataupun pentadbiran srivijaya. ini tidak, baca blog someone pasal wikileaks yang dapat banyak feedback, kau pun nak sama gedik tulis pasal wikileaks, kasi nampak cendekiawan lah kan. tapi hati-hati, mungkin kamu sahaja rasa seperti cendekiawan, orang lain nampak macam cendawan. bukan tak boleh venture out into something new, tapi berpada-pada. kalau rasa belum ready dan mahu disegani semata, lupakan lah.

kau tak perlu menjadi sebijak einstein mahupun sekaya mark zuckerberg untuk punya rasa itu. kau berkaryalah seikhlas hati, jujur pada diri. dan tak perlu lah kau berlumba mengumpul follower penuh nak kalahkan Hanis Zalikha. beliau one in a million. kau? mungkin kau bisa jadi seperti dia nanti, tapi kau perlu masa yang lama, dan telan pahit dunia blogging. ingatlah, jika ada yang agungkan kamu, akan pasti ada yang pijak ludah akan karya kamu. walau kau punya hanya satu follower tapi dia itulah yang ikhlas mendakap hebat tulisan kamu, memahami sepi hati kamu, maka dia lagi agung dari beribu followers orang yang lain.

entahlah, ini cuma pendapat aku. tentu kau fikir aku kata begini kerana followers aku yang hanya takat muat reban ayam kan. hahah. nak sedapkan hati lah tuh. aku tak kata kau salah. mungkin jugak. sedikit sebanyak kan. hahah. iyelah siapa tak nak jadi glamer seperti mamat kat jepun ni atau bakal doktor cantik ni kan. tapi tu semua rezeki masing-masing. terpulang pada tujuan kau berkarya. kenapa kau berkarya? untuk siapa tulisan kamu? kalau nak popular, memang konfem lah kena rajin singgah blog orang lain dan tinggalkan jejak etc. kalau nak buat duit, carilah nuffnang. tapi kira kau seperti aku, hanya mahu zahir rasa hati, yang tak bisa aku ungkap di lidah kelu beku, lalu aku titipkan rasa itu di tiap tulisan ramah menyapa.

dan akhirnya jika kau masih tercari-cari identiti diri, kau rajinlah menghadirkan diri di laman blog yang lain, mencari inspirasi dan makna karya kamu. bukan untuk plagiarize atau copycat gaya penulisan orang lain, sekadar mencari apa yang kau belum temui. aku juga sebelum ini banyak berkarya dalam english, bahasa melayu ini kurang kerana aku lebih banyak di'expose' ke arah english kerana bidang yang aku ambil di universiti. tapi setelah tercari tenang damai hati itu aku jumpa pada karya melayu itu. maka kau akan lihat ada masa aku berkarya dalam dua bahasa pada satu entri. itu cara aku, aku senang begitu.

tak perlu kau cari indah terangnya bulan, jika bulan itu adalah hatimu. jujur pada diri. sekian.

pergi.


biar kita jatuh cinta kembali, walau dengan siapa pun.

jejak ini yang telah kita jalani bersama, biar kita teruskan langkah walau kita telah terpisah.

biar kita hidup, dan biar kita berdua bahagia.

biar kita senyum melewati kenangan, biar sakit itu ansur menjadi demam kebah.

biar seluruh dunia tahu kita makin sembuh, tahu kita bertambah baik.

dan kita lihat siapa yang akan percayakan kita.

kamu pasti tak percaya betapa mudahnya mendustai manusia.

hampir semudah mendustai diri kamu sendiri.

hampir.

tapi di tangan Tuhan kita lampirkan keyakinan.

mengetahui bahawa Dia tahu yang terbaik itu, yang mana kita tidak tahu.

untuk percaya bahawa adanya cahaya di penghujung lorong, walau lorong itu panjang dan gelap likat.

maka Tuhan, ini pinta aku.

bilakah akan lorong aku berakhir, kerana aku ingin tahu siapakah si dia yang Kau tempatkan di penghujung lorong itu menunggu aku.

agar aku bisa menoleh ke permulaan lorong yang terdahulu dan ucapkan pada kamu;

"terima kasih untuk kenangan. maafkan aku untuk masa silam itu. hiduplah dengan indah. aku sayang kamu, selamanya."

Friday, January 7, 2011

suspending judgment.

assalamualaikum wbt.

today boleh blog for the whole day actually sebab aku takde class langsung. tapi based on Dr. Su'ad's advice, aku rasa cam nak pergi je lah class Applied Linguistics malam ni even though aku tak register for this course. ikut hati, memang aku naaaak sangat *sila baca ikut nada zizan raja lawak imitate dafi* ambil kos ni apatah lagi ini one of the core courses. but everytime i went for the online registration, the feedback is always the same; You Cannot Register For This Course Because The Class Is Full. what the?? mamat iran mana lah yang minat sangat belajar applied ni. korang kan boleh duk malaysia lama-lama, kami tak racism. so bagi lah aku ambil dulu sem ni. balas budi baik aku sebagai citizen yang tak racist. oh tetiba teringat time registration day aku tolong this iranian girl register online because apparently she doesn't really know how to use the computer. rasa sangat helpful. sungguh. betul lah orang kata, the joy of giving is always greater than that of receiving.

so yesterday aku ada mentioned ambil class Functional Linguistics kan and the fact that i don't really like this course but i had to take it since the other elective classes are full at the moment. but after two hours of lecture, *supposed to be three but she cut it short because it was the first class* i take back my words. in fact, this could be my favourite course after all. turns out Functional Linguistics is all about grammar and analyzing textx such as poems, speeches, movies scrypt, excerpts from novels etc. and this course will teach us on analyzing which texts are better than the others from linguistics point of view. hah ambik kau. my lecturer Dr. Sridevi lagi nama dia, is really funny and i have to say she is my favourite lecturer so far. ohmaigad bias seyh. takpe lah sekali sekala. so ada lah dia show a glimpse of last sem punya work yang dia supervise. antaranya comparing the speeches of obama before and after the election, analyzing the scrypt of the movie avatar, comparing the interview with aiswarya rai in oprah's show and david letterman's show. gila hebat wa cakap sama lu. in this course dia cakap kita akan belajar how to analyze texts so that at the end we can tell which text is better, especially for language teachers, this course can help you to determine the line between an A- or B+ when marking students' essays. fuuuh. terkesima aku after lecture dia. tapi yang tak best tuh dia cakap this course is tough. hah buktinya? kelas aku semalam ada tujuh student je siot. semua pun budak first sem. seniors sume tak nak ambil course ni. Dr. cakap dorang takut. so she congrats us lah for being brave. gulp! dia tak tahu kut aku main hentam je register, kalau aku tahu tough, maybe aku dah tak pandang course ni. gahaha. hah tapi nak drop dari kelas ni pulak aku tak sampai hati sebab syarat dia kalau nak ajar at least kena ada seven students register untuk subjek tuh. dah nya kalau aku keluar, tinggal la enam budak hitam. chinese sume, aku ngan sorang lagi je malay. means kalau aku keluar, kelas ini akan ditutup. kesian pulak. tapi yang aku lagi ketar cam mandi pukul tiga pagi ialah dia tunjuk nama previous students dia. jeng jeng. ada sorang je melayu dalam puluh-puluh tuh. hampeh. and i bet yang melayu tuh mesti terror macam izza izelan. *gali kubur siap-siap nak terjun masuk after result keluar hujung sem*

so waktu akhirnya aku still undecided nak buat apa. oh by the way dah kumpul assignments dah first week. sengal betul. article reviews lah, slide presentation lah, online forums lah. *gali lagi tiga kubur sebab ada empat subjek semuanya sem ni*


doakan untuk master aku, please. oh dan yang paling penting,  aku mohon kamu doa untuk ketenangan hati aku. terima kasih. moga tuhan berkati hidup kamu dan aku. amin.