Followers
Wednesday, March 9, 2011
biar tenggelam dalam iman.
Assalamualaikum wbt.
pernahkah kamu kenali Hamka? atau membaca karya penulis agung ini? penulis ini yang mendapat tentangan hebat sewaktu mencoret sebuah karya remeh dipandang semua waktu itu. karya itu ialah 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'. kata mereka tak perlu dikisah akan sebuah cinta, tiada nilai mahupun ruang dalam tingginya sastera pada sebuah karya cinta. tentu tidak mereka tahu betapa hari ini karya itu cukup sohor.
dalam hati yang kini berat diuji bersama doa dan zikir yang tinggi pada Allah ini, aku luangkan masa menatap helaian demi helaian karya ini. kisah akan juangnya seorang Zainuddin pada seorang Hayati yang cukup disayang. yang kerana sayang itu jua, dia lepaskan sebuah rasa. dari seorang lelaki yang jiwanya lemah meratap hiba, dia bangun mencari kasih pada Allah bagi mengganti ruang kosong dalam hati. untuk terus hidup meski hawa itu telah melayari sebuah perkahwinan. melawan sakit dan rindu pada kenangan seorang hawa. demi masa, jadikanlah aku seperti ini, yang akan terusan mencari kasih Allah yang satu. ini kisah juang antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.
kisah ini disampaikan melalui tiap helaian surat yang ditulis mereka dalam jauh hati kembara melalui ujian. tatkala mata melewati bait-bait surat mereka, akan aku rasa dekat pada hati mereka meski mereka hanya wujud di atas kertas. betapa jauh masa melewati dan air mata membentuk mereka menjadi yang kuat itu. karya ini agak panjang dan aku yang mengejar waktu menyiapkan kerja tak henti serta memulihkan hati tak punya senggang waktu lama untuk habiskan sebuah karya ini. aku masih lagi membaca karya ini. lalu tidak ku tahu penghujung kisah mereka ini lagi. dan tidak juga ku mahu merujuk di mana-mana akan penghujung kisah mereka. biar aku ambil masa sendiri. sepertinya masa perlahan merawat aku.
akankah tenggelam kapal sarat kasih mereka pada seorang manusia? atau kapal itu akan tenggelam dengan iman yang kuat pada sebuah cinta hakiki pada Ya Rabb? aku tak tahu.
salah satu surat dari Zainuddin kepada Hayati:
...lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu...
surat dari sahabat Hayati kepadanya:
...cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi, kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat...
[benar, biar tinggal dalam khayal dari angan-angan...]
[kuatkan aku Ya Rabb pada dugaan ini...]
[akan lagi mencuri ruang masa pada sebuah karya...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment