Followers

Tuesday, November 23, 2010

dua puluh tiga november.

hari ini tiba lagi. dan sepertinya tahun-tahun terdahulu, akan aku titipkan salam selamat buat kamu. tanpa hari ini, tentu pasti takdir kita berbeda. dan seperti sebelumnya juga, aku mohon sujud ratap akan tiap kekhilafan yang terdahulu. aku dahulu adalah anak kecil yang ketakutan, anak rintih yang ketandusan. dan anak keliru ini telah jauh menyusuri lekuk retak hidupnya seorang diri. hari ini anak ini cuma mahu menghambat kesepian hari-hari lampaunya. iya, hidup tanpa kamu mengajar aku jadi kuat. aku perlu jadi anak kuat untuk sampaikan cebisan doa untuk orang tuaku. tidak banyak yang merubah aku sebenarnya. selagi pendirian mereka tidak berubah, tetap akan aku menjaga hidup dan mati mereka biar tanpa kamu. kerana aku mahu jadi anak baik, anak kesayangan ayah ibu. aku mahu bahagia dengan hidup sekarang. justeru aku sedang berlari demi wujudkan kenyataan itu. aku butuh sedikit masa lagi, itu sahaja.

maka ku mohon dengan hadirnya hari tuamu ini, akan kamu tetapkan iman kuatkan semangat kerana aku mahu kamu lihat akan tenangnya cahaya ilahi itu sebagaimana aku melihatnya bertahun sudah. aku mahu rambutmu kembali hitam, kerana air wudhuk itu hampir pasti merindui akan ubun-ubun tenang itu. aku mahu rokok itu kau lontar henyak lempar dengan tanganmu sendiri, agar keturunanmu kelak bisa memandang wajahmu dan bukan lahad gelap itu. aku mahu kau curah hampar tebar kasih sayang kamu yang bening pada seorang wanita yang mampu kamu pimpin tangannya ke syurga nanti. jadilah adam itu yang selamanya melindungi hawanya di dunia juga akhirat. itu doa aku buat kamu pada tiap hari lahirmu.

selamat hari lahir. bahagialah kamu selalu.

No comments:

Post a Comment