Followers

Monday, April 2, 2012

the rising lullaby.

Uhibbuki fillah. Saya sayang kamu kerana Allah.

Kerana kita tahu perancangan Allah yang terbaik. Dan walau kita begitu sayang, kita mesti lepaskan. Agar keterpisahan ini membawa kita dekat pada Allah. Perlu kita fahami, tak semua pertemuan itu Allah jadikan untuk tujuan penyatuan.

Saya selalu terfikir mungkinkah kita ini seakan sebuah sfera. Walau betapa besar sudut terhasil, sejauh mana kita bergerak, kita akan tetap bertemu semula, tetap kembali menyatu. Saban tahun, sudut yang terlukis kian besar, jarak kian bertambah, dan akhirnya saya tahu.

Kita rupa-rupanya cumalah garisan tangen, yang bertemu pada satu titik dan kemudiannya berpisah buat selama-lamanya. Saya adalah paksi-x dan kamu hanyalah paksi-y. Kita bertemu hanya sekali tapi cukup membahagiakan. Alhamdulillah.

Kita merancang, tapi Allah juga merancang. Ternyata telah Allah aturkan yang lebih baik untuk kita. Tahniah. Semoga bercinta sampai syurga dan bahagia dunia akhirat. Barakallahu lakuma.

Biar tiap putik kenangan gugur indah, kerana bahagia kita hanya Allah yang tahu. Jodoh itu rahsia Allah, dan antara tragisnya cinta dan indahnya keredhaan, itu juga rahsia Allah, bukan?

Amatlah rugi bukan bila mana Allah pisahkan kita dari sesuatu yang kita kasihi, namun kita masih sombong untuk kembali kepada Allah. Bagaimana andai keterpisahan itu hanyalah jalan Allah untuk memanggil kita pulang kepadaNya? Pulanglah. Kelak Allah akan sembuhkan luka kita, jika tidak di dunia, di akhirat sana.

Dan semoga luka yang sementara ini akan menguatkan larian kita meraih syurgaNya, melebihi larian kita mengejar dunia. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment